Wednesday, December 29, 2010

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA: DRAMA

ASAR BELUM BERAKHIR
A. Rahim Abdullah
SINOPSIS

Orang tua gelisah sejak azan berkumandang tetapi dia hanya mampu memerhati penduduk kampung yang berpusu-pusu pergi ke surau.Dia meminta Yatim seorang pemuda buta dan yatim piatu menemaninya di bawah pokok itu. Orang tua menceritakan perihal dirinya yang baru kematian isteri dan mempunyai dua orang anak yang tidak memperdulikannya lagi. Yatim menasihati orang tua agar berdoa untuk roh isterinya. Orang tua bertambah gelisah kerana dia telah agak lama tidak bersembahyang dan tidak tahu cara untuk berdoa. Oleh yang demikian, dia meminta agar Yatim mengajarnya untuk kembali ke pangkal jalan yang diredai Allah. Yatim bersetuju dan akan membimbing orang tua dengan hati yang ikhlas. Orang tua ingin mendermakan matanya kepada Yatim tetapi ditolak secara baik oleh Yatim. Yatim takut dia tidak dapat menghafal al-quran dengan baik sekiranya dia menjadi celik. Orang tua gembira dengan keikhlasan Yatim. Imran anak orang kaya tetapi berbudi pekerti mulia memberitahu orang tua bahawa ada orang ingin bertemu beliau. Yatim mengagak mungkin anak orang tua itu. Mereka segera bergerak ke surau. Orang tua bersyukur dengan kurniaan itu.

TEMA

Kearah keagamaan yang menjurus kepada keinsafan seorang lelaki tua yang selama ini lalai dalam menjalankan perintah Allah.

PERSOALAN

 Memohon keampunan Tuhan setelah gagal menjalankan perintah-Nya sekian lama

 Saling bantu-membantu terutamanya dalam aspek keagamaan

 Bersyukur kepada segala kurniaan Allah kepada kita.

 Apa yang berlaku ditentukan Allah. Mungkin ada maksud disebalik sesuatu musibah yang menimpa diri kita.

WATAK DAN PERWATAKAN

Orang tua

 Berumur dalam lingkungan 50-an

 Baru tiga hari kematian isteri

 Tinggal seorang diri serta tidak dipedulikan oleh anak-anak

 Dahulunya seorang peminum, kaki judi dan kaki perempuan

 Banyak menanggung hutang

 Lalai kepada perintah Allah

 Jahil tentang agama

 Anak-anak tidak diberikan didikan agama

 Meminta Yatim membimbingnya ke arah kebaikan

 Insaf dan ingin membantu Yatim dengan mendermakan matanya

 Sanggup berkorban demi kepentingan orang lain


Yatim


 Berusia lingkungan 30-an

 Berbudi bahasa dan bersopan santun

 Baik hati dan suka membantu orang dalam kesusahan

 Buta sejak kecil setelah mengalami demam panas

 Anak tunggal dan anak yatim piatu

 Ibu dan bapa meninggal dalam kemalangan

 Dipelihara oleh bapa saudara

 Seorang pendakwah

 Taat pada perintah Allah

 Jujur

 Menolak tawaran orang tua yang ingin mendermakan matanya kepada Yatim

 Berguru dengan seorang buta di Mekah

 Hafaz al-Quran sejak berusia 10 tahun



Imran



 Berusia dalam lingkungan 10 tahun

 Anak orang berada

 Rajin beribadat

 Patuh

 Bersopan santun

 Baik hati



PLOT



 Permulaan

 Dalam perjalanan ke surau, Yatim ditahan oleh seorang tua

 Orang tua itu sedang meratapi nasib yang menimpa dirinya

 Yatim mengajak orang tua ke surau

 Perkembangan

 Orang tua mengajak Yatim berbual-bual tentang diri masing-masing

 Yatim menasihati orang tua agar tidak terlalu meratapi nasib dirinya sebaliknya berdoa

 Orang tua mengaku sudah lama meninggalkan perintah Allah serta tidak pandai berdoa

 Perumitan

 Orang tua meminta Yatim membimbingnya ke arah jalan yang benar

 Orang tua ingin mengubati mata Yatim

 Orang tua berniat menyerahkan tanah milik arwah isterinya untuk dijadikan tapak surau

 Sebelum waktu asar berakhir, Yatim menasihati agar orang tua bertaubat

 Mata orang tua hampir buta apabila menjelang senja dan ingin mendermakannya kepada Yatim

 Yatim menolak tawaran itu

 Puncak

 Imran memberitahu orang tua ada orang ingin bertemu dengannya

 Yatim meramalkan bahawa sudah tentu yang datang itu anak orang tua itu



 Peleraian

Mereka sama-sama menuju ke surau

Orang tua dipimpin oleh Imran



LATAR



 Latar masa

 Waktu petang antara pukul 4.30 petang hingga 7.00 malam ( waktu asar)

 Latar tempat

 Di bawah pokok ketapang

 Di pinggir jalan

 Berhampiran surau

 Latar masyarakat

 Masyarakat yang taat pada perintah Allah

 Masyarakat yang alpa terhadap tanggungjawab sebagai seorang Islam kerana mementingkan duniawi



GAYA BAHASA



 Inversi

Contohnya:

i. Bapak dalam kesusahan barangkali

ii. Bapak terlalu memuji saya nampaknya

iii. Aku selama ini tidak berbuat apa-apa

 Metafora

Contohnya: Api neraka

 Perulangan

Contohnya:

i. Eh eh nanti! Nanti dulu!

ii. Berdoa ? Bagaimana berdoa?

iii. Yang kurang disempurnakan. Yang sikit diperbanyakkan

 Bahasa asing (Arab)

Contohnya:



i. roh almarhumah

ii. syuhada

iii. solihin

iv. Astagfirullah al Azim

v. Nabi

vi. Anbia

vii. Qadak dan qadar Allah

viii. Na’uzubillah

ix. Mukmainnah

 Sinkof

Contohnya:

i. nak

ii. tak

iii. dah

iv. tau

 Simpulan bahasa

Contohnya:

i. suratan takdir

ii. lupa daratan

iii. kaki joli

iv. kaki minum

v. kaki perempuan

vi. kaki judi

vii. darah daging

 Personifikasi

Contohnya:

i. diserang kerinduan

ii. harta itulah yang memakan tuannya dan zuriatnya

 Nada Sinis

Contohnya:

Kita sebenarnya ada tuga, dan tugas itu tak akan tamat.tugas bapak menjaga ahli keluarganya dan anak-anak dari api neraka, dan Ya Allah, adakah ke situ kekayaan digunakan ?



NILAI MURNI



 Berhemah tinggi

Yatim membimbing orang tua itu dengan kata-kata yang berbaur nasihat tanpa mengecilkan hati orang tua itu malah orang tua itu insaf dan ingin balik ke pangkal jalan

 Tolong-menolong

Saling bantu membantu sesama Islam terutamanya dalam aspek keagamaan

 Keikhlasan

Ikhlas membantu tanpa meminta sebarang balasan. Yatim membantu orang tua mempelajari agama Islam tanpa meminta sebarang ganjaran

 Baik hati

Yatim dan Imran yang baik hati serta sedia membantu orang tua yang dalam kesusahan

 Kesabaran

Perlu sabar jika musibah menimpa jangan gelisah dan resah seperti yang ditunjukkan oleh orang tua

 Tanggungjawab

Sebagai ketua keluarga, wajib memberikan didikan agama kepada anak-anak

 Jujur

Jujur dalam mengakui kesilapan lampau.

 Tabah

Yatim yang tabah mengharungi kepayahan hidup setelah kematian orang tuanya dan tabah mendalami ajaran Islam walaupun cacat penglihatan



PENGAJARAN



 Kita perlu mentaati perintah Allah agar hidup sentiasa diberkati.

 Kita perlu menghormati antara satu sama lain tanpa mengira usia

 Hulurkanlah bantuan kepada insan yang memerlukan

 Perlu tabah menerima sebarang musibah yang menimpa.

 Perlu gigih meneruskan kehidupan setelah kematian orang tersayang

ADIK BERJASA

A. Rahman Hanafiah



SINOPSIS



Ahmad bertekad untuk berhenti sekolah. Tindakan itu diambil kerana ingin membantu ayahnya yang tidak lagi mampu untuk bekerja. Murad, adiknya sangat sedih dengan keputusan tersebut. Murad mengambil risiko untuk menyelamatkan anak jutawan yang diculik. Berharap agar mendapat ganjaran lumayan untuk membantu abangnya meneruskan persekolahan. Dalam pada itu, rakan mereka, Hassan dan Nazim ditahan oleh penjahat tersebut. Murad berjaya melepaskan tawanan. Jutawan memberikan ganjaran itu kepada Murad kerana menyelamatkan anaknya. Murad gembira kerana abangnya tidak perlu lagi berhenti sekolah kerana wang yang diperolehi mampu menampung kehidupan mereka.



TEMA



Keberanian dan kepintaran seorang pemuda dalam menghadapi permasalahan hidup yang menjurus kepadanya untuk terlibat dalam kes penculikan anak jutawan.



PERSOALAN



 Rasa tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga setelah orang tua terlantar sakit.

 Kemiskinan bukan alasan untuk berjaya dalam pelajaran.

 Utamakan pelajaran walau apapun masalah yang melanda.

 Kebijaksanaan mampu menumpaskan kejahatan yang mengancam nyawa



WATAK DAN PERWATAKAN



Murad

 Anak yatim (ibu meninggal dunia)

 Adik Ahmad

 Murid tingkatan 3

 Aktif dalam aktiviti kokurikulum (Pengakap)

 Bertangungjawab terhadap keluarga

 Hidup dalam kesusahan

 Tinggal bersama ayah, abang dan adik

 Berani mengadai nyawa asalkan abangnya tidak berhenti sekolah

 Bijak merancang strategi untuk menyelamatkan anak jutawan yang diculik





Ahmad

 Anak sulung

 Abang Murad

 Murid tingkatan 5

 Bertanggungjawab terhadap keluarga

 Sanggup berhenti sekolah bagi mencari wang setelah ayahnya lumpuh

 Ambil alih tugas sebagai ketua keluarga

 Pentingkan ilmu pengetahuan kerana masih belajar pada waktu malam setelah bekerja pada waktu siang



Pak Kamis

 Duda dan mempunyai tiga orang anak

 Menderita penyakit lumpuh

 Prihatin akan pendidikan anak-anak



Hassan

 Kawan Murad dan Ahmad

 Agak penakut

 Berupaya melahirkan idea yang bernas

 Gemar aktiviti perkhemahan



Nazim

 Kawan Murad dan Ahmad

 Bernai

 Biasa dengan suasana hutan kerana sering memburu dengan ayahnya



Midah

 Adik bongsu Ahmad dan Murad

 Kapten pasukan bola jaring sekolah

 Kurang berminat terhadap pelajaran

 Ingin menjadi pemain bola jaring terkemuka



Penjahat 1 dan 11

 Penjenayah yang sanggup lakukan apa saja demi wang

 Menculik anak jutawan dan mengedar dadah

 Kejam dan zalim

 Licik dalam melakukan perancangan



Jutawan

 Seorang pegawai polis

 Cekap bertindak



PLOT



 Permulaan

 Ahmad berhenti sekolah untuk bekerja bagi membantu keluarga

 Ayahnya lumpuh sejak dua bulan lalu

 Ahmad berjanji akan belajar pada waktu malam

 Perkembangan

 Murad berbincang dengan Nazim dan Hassan untuk selamatkan anak jutawan

 Inginkan ganjaran dari jutawan bagi membantu abangnya meneruskan persekolahan

 Berkhemah sambil mengesan tempat anak jutawan disembunyikan

 Pergi ke sebuah gua tetapi Nazim dan Hassan tertangkap

 Perumitan

 Murad pulang ke rumah untuk bebincang dengan ayah dan abangnya untuk menyelamatkan rakan-rakannya dan anak jutawan

 Tidak mahu memaklumkan kepada pihak polis

 Murad dan Ahmad ke gua semula dan penjahat minta wang tebusan

 Murad berjaya menyelamatkan semua dan menyorok di tempat wang tebusan akan dibayar

 Jutawan tiba dan serahkan wang kepada penjahat

 Puncak

 Jutawan itu sebenarnya seorang anggota polis

 Mengarahkan penjahat memasukkan semula wang ke dalam beg

 Peleraian

 Semua penjahat ditangkap

 Murad dapat wang ganjaran



LATAR



 Latar masa

 Bermula dari peristiwa Ahmad ingin berhenti sekolah

 Berakhir pada suatu subuh dimana pihak polis berjaya memberkas para penjahat

 Latar tempat

 Di rumah Pak Kasim

 Di dalam hutan – tapak perkhemahan

 Di dalam gua – tempat anak jutawan disembunyikan

 Kawasan semak tempat wang tebusan diserahkan

 Latar masyarakat

 Masyarakat yang masih mementingkan pendidikan

 Masyarakat yang sanggup berkorban untuk membantu keluarganya

 Golongan remaja yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa culik

 Golongan remaja yang hidup dalam kesusahan

 Segelintir masyarakat yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri



GAYA BAHASA



 Bahasa Arab

Contohnya: Insyaallah

 Bahasa kesat

Contohnya:

i. sial

ii. kau penipu

iii. kau pembohong

iv. kau pendusta

v. pemeras

 Inversi

Contohnya:

Malah kamu berdua juga akan aku bunuh!

 Pengulangan

Contohnya:

i. di kilang, kerja kilang

ii. wang, wang, banyaknya wang …………

iii. jangan, jangan Ahmad

iv. aku nampak, aku nampak ada orang dalam gua

 Peribahasa

Contohnya:

i. sambil menyelam minum air

ii. sebelum hujan sediakan payung

iii. kalau dah terantuk baru nak tengadah

iv. sekilas ikan di air, dah tau jantan atau betina

v. tak ada beban, batu digalas

 Simpulan bahasa

Contohnya:

i. putus asa

ii. hilang punca

 Sinkof

Contohnya:

i. saja

ii. nak

iii. tak

iv. kau

v. tu

vi. dah

vii. ni

viii. gitu

 Kata-kata hikmat

Contohnya: Masa itu emas

 Nada sinis:

Contohnya: ini seorang lagi..apa yang dibualkan di kedai tu tadi, entahlah, dan budak mentah, jaga kau



NILAI MURNI

 Berani

 Kita harus berani seperti yang ditunjukkan oleh Murad dan rakan-rakannya dalam menyelamatkan anak jutawan yang diculik.walau bagaimanapun, keberanian anda janganlah membuta tuli

 Kerjasama

 Kerja secara bersama-sama akan membuahkan hasil yang baik

 Tanggungjawab

 Perlu ada rasa tanggungjawab membantu keluarga terutamanya orang tua mereka yang terlantar sakit. Contohnya Ahmad yang sanggup berhenti sekolah untuk bekerja membantu keluarga.

 Rajin

 Perlu rajin berusaha untuk mengatasi sebarang masalah.

 Sabar

 Perlu sabar dalam menghadapi sesuatu masalah. Contohnya Ahmad yang sabar mencari akal untuk menyelamatkan anak jutawan dan rakan-rakannya



PENGAJARAN
 Seseorang anak perlu ada sikap tanggungjawab terhadap keluarga agar ibu bapa bahagia

 berfikir dahulu sebelum bertindak agar apa yang dilakukan menperoleh hasil yang memuaskan

 Semangat berani perlu ada dalam diri anak muda agar menjadi orang yang cekal dan tidak mudah putus asa

 Sebarang perlakuan jenayah haruslah diambil berat demi mencapai kehidupan yang harmoni








JALAN SEMPIT

Amelia Hashim


SINOPSIS

Mengisahkan tentang masyarkat yang berdepan dengan masalah jalan sempit untuk masuk ke kampung mereka. Azman dan Kamal berjumpa dengan Tuk Penghulu untuk mengadu bahawa mereka telah hilang gelanggang permainan. Joyah dan Dolah pula berselisih faham apabila Joyah mengadu bahawa Dolah bersikap kurang ajar terhadapnya. Dolah dikatakan menghambat Joyah yang ketika itu sedang menggunakan jalan sempit. Semuanya berkumpul di rumah Tuk Penghulu untuk mencari jalan penyelesaian atas masalah jalan sempit.Kedatangan lebai Dahaman yang enggan menyerahkan tanahnya berhampiran jalan sempit untuk kerja-kerja melebarkan jalan menjadikan keadaan semakin rumit.



TEMA

Kemanusiaan dan kemasyarakatan menjurus kepada kurang sikap tolak ansur sesama ahli menyebabkan berlakunya kepincangan dalam masyarakat



PERSOALAN



 Pemimpin perlu bijak menangani masalah anak buahnya

 Pemimpin harus berlaku adil kepada semua pihak

 Permuafakatan merupakan salah satu elemen untuk mewujudkan perpaduan masyarakat

 Sesetengah anggota masyarakat hanya pentingkan diri sendiri dan tidak mengamalkan sikap tolak ansur



WATAK DAN PERWATAKAN



 Tuk Penghulu

 Berusia 50 tahun

 Bertanggunjawab terhadap anak buah

 Seorang yang gemuk

 Sabar

 Tidak mementingkan diri sendiri

 Ambil berat aduan anak buah

 Tidak mahu menerima Murali dan Ah Chong kerana mereka bukan penduduk kampung tersebut



 Sabihah

 Isteri Tuk Penghulu

 Berusia 40-an

 Cantik dan bergaya

 Cemburu

 Suka membebel

 Suka menyampuk dan campur tangan urusan suaminya

 Suka memihak pada kaum wanita sahaja

 Memujuk Tuk Penghulu agar meminta anak mereka membeli tanah yang menimbulkan masalah kepada penduduk kampung itu

 Kamal

 Pemuda kampung

 Berusia 18 tahun

 Gemar beriadah

 Bijak mengemukakan idea

 Pencatat mesyuarat di rumah tuk Penghulu

 Azman

 Berusia 16 tahun

 Gemar beriadah

 Kawan Kamal

 Bersama-sama denga Kamal ke rumah Tuk Penghulu

 Joyah

 Berusia 50-an tetapi masih sihat

 Bergaduh dengan Dolah

 Keras hati dan tidak mahu bertolak ansur

 Mengatakan bahawa Dolah sengaja melanggar punggungnya

 Mahu mengajar Dolah agar menghormati orang tua apabila membuat aduan kepada Tuk Penghulu

 Dolah

 Berusia 40-an

 Penduduk kampung

 Memiliki sebuah motosikal

 Tidak menghormati orang yang lebih tua

 Tidak mahu mengaku salah

 Murali

 Berusia 40-an

 Orang luar

 Penjual roti di kampung itu

 Bertengkar dengan Ah Chong

 Menuduh Ah Chong menolak kotak rotinya

 Badan penuh selut apabila jatuh ke dalam sawah selepas bergaduh dengan Ah Chong

 Pentingkan diri sendiri

 Keras hati dan tidak mahu bertolak ansur

 Terima ganti rugi RM100 kerana habis rotinya rosak ketika jatuh ke dalam sawah

 Ah Chong

 Berusia 40-an

 Orang luar juga

 Memilik basikal

 Berniaga ayam dan itik di kampung tersebut

 Bergaduh dengan Murali di sawah

 Pentingkan diri sendiri

 Tuduh Murali menolaknya jatuh

 Mengalami kerugian apabila ayam dan itiknya bertempiaran lari ketika jatuh ke dalam sawah





 Pak Leman

 Berusia 60-an

 Bapa Munirah

 Menjaga Munirah dengan penuh kasih sayang

 Penyabar

 Mudah bersimpati

 Munirah

 Anak Pak Leman

 Berusia 16 tahun

 Kawan sekolah Kamal

 Cantik dan manja

 Tuduh Husin berkelakuan tidak senonoh kerana memegang kakinya semasa jatuh di jalan sempit itu

 Lebai Dahaman

 Tuan punya sawah di tepi jalan sempit

 Pentingkan diri sendiri

 Keras hati

 Tidak mahu bertolak ansur

 Tidak mengizinkan kerja-kerja melebarkan jalan sempit itu masuk ke kawasan tanah miliknya



PLOT



 Permulaan

 Sabihah minta suaminya memujuk anak mereka di bandar membeli tanah yang telah berpagar itu

 Perkembangan

 Kamal dan Azman mewakili penduduk kampung memohon agar Tuk Penghulu carikan kawasan untuk anak muda kampung bersukan atau beriadah pada waktu petang

 Joyah pula tiba dengan masalah dengan Dolah yang dikatakan sengaja melanggar punggungnya di jalan sempit

 Ah Chong dan Murali bertengkar kerana masing-masing tidak mahu beralah ketika menggunakan jalan sempit itu

 Munirah mengadu yang Husin sengaja memegang kakinya ketika dia terjatuh di jalan sempit itu

 Perumitan

 Tuk Penghulu cuba mencari jalan penyelesaian atas masalah tersebut

 Puncak

 Lebai Dahaman tidak membenarkan tanahnya diambil untuk memperlebarkan jalan sempit berkenaan

 Peleraian

 Semua terduduk kehampaan mendengar kata-kata Lebai Dahaman



LATAR



 Latar masa

 Siang, hanya beberapa jam sahaja

 Latar tempat

 Di sebuah kampung

 Jalan sempit

 Rumah Tuk Penghulu

 Latar masyarakat

 Masyarakat petani yang hidup sederhana

 Masyarakat yang memilik tanah

 Masyarakat yang menghormati pemimpin

 Masyarakat yang tidak mahu bertolak ansur



GAYA BAHASA



 Bahasa Arab

Contohnya:

i. Assalamualaikum

ii. Waalaikumsalam

 Dialek daerah

Contohnya:

i. hendal

ii. ban

 Simile

Contohnya:

i. macam menatang minyak yang penuh

ii. seperti manjaga sekuntum bunga ros

iii. macam nak putus jantung

iv. macam memerang menangkap ikan

v. bara dalam hati semacam menyala-nyala

 Bahasa klasik

Contohnya: Hatta

 Hiperbola

Contohnya:

i. basah kuyup penuh lumpur

ii. merobek-robek hati dan jantung

 Sinkof

Contohnya:

i. dah

ii. tak

iii. nak

iv. tapi

v. sorang-sorang

vi. saja

vii. tu

viii. ni

ix. terantak

x. ke

 Nada sinis

Contohnya:

Sedarlah sikit, awak tu sudah bercucu pun, dan sekarang ini usahkan kamu nak pagar hutan menjadi sawah.sawah yang ada kamu timbus …………….





 Simpulan bahasa

Contohnya:

i. muka pintu

ii. ganti rugi

iii. hangat telinga

iv. buta mata

v. buta jati

 Pengulangan kata

Contohnya:

i. Jangan menangis! Jangan menangis Murali!

ii. Duduk! Kita duduk dulu!

iii. Tak patut!memang tak patut

iv. Daripada soal hingga soal



NILAI MURNI



 Perpaduan

 Perlunya ada semangat perpaduan diterapdalam diri penduduk kampung agar kehidupan menjadi lebih bermakna

 Kerjasama

 Segala masalah akan dapat diselesaikan sekiranya kita saling bekerjasama dalam mencari jalan mengatasinya

 Toleransi

 Sikap mementingkan diri sendiri akan memusnahkan permuafakatan hidup antara masyarakat. Bertoleransilah dalam segala hal agar hidup lebih harmonis.

 Bertanggungjawab

 Setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab masing-masing. Contohnya sebagai ketua kampung, segala masalah anak buah perlu diambil kira dengan adil. Manakala sebagai anak buah pula perlu patuh dan taat pada ketua.

 Hormat-menghormati

 Kita seharusnya menghormati ketua atau pemimpin.

 Kita seharusnya menghormati orang yang lebih usianya dari kita.

 Murah hati

 Perlunya sikap bermurah hati demi kebaikan bersama. Contohnya Lebai Dahaman. Beliau sepatutnya mengizinkan tanahnya diambil sedikit untuk memperlebarkan jalan demi kepentingan penduduk kampung.
PENGAJARAN



1. Kita hendaklah sentiasa hidup bermuafakat dalam melakukan segala hal demi memperoleh persetujuan dan bersatu hati serta tidak menimbulkan sebarang rasa curiga atau tidak berpuas hati.

2. Sebagai manusia, kita haruslah sentiasa memberi kemaafan atau saling bermaaf- maafan setelah melakukan sesalahan sama ada disedari atau tidak disedari demi memelihara kerukunan persahabatan.

3. Kita haruslah bermurah hati demi keutamaan orang awm.


ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA: CERPEN

SAYANG AYAH

Sinopsis

Cikgu Bustam meminta para pelajarnya menyediakan sebuah karangan yang bertajuk “SAYA SAYANG AYAH”.. Angamah, salah seorang murid tahun enam Kenanga tidak dapat menyiapkan karangan seperti dikehendaki oleh Cikgu Bustam.Hal ini kerana dia keliru dengan sikap ayahnya yang bengis dan sering memukulnya.Keganasan ayahnya selama ini tidak pernah diceritakannya kepada orang lain.Walau bagaimanapun, kesengsaraan yang dialaminya itu berakhir apabila ayah tirinya meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerjanya.Peristiwa ini menyerlahkan kasih sayang Angamah terhadap ayah tirinya yang sering menyeksanya itu apabila dia menjerit ungkapan “SAYA SAYANG AYAHHHHH”.


Tema

* KASIH SAYANG
Kasih sayang seorang anak yang begitu mendalam terhadap ayahnya. Walaupun ayahnya itu ialah ayah tiri yang sering mendera dan memukulnya. Angamah tetap menyayanginya selayaknya sebagai seorang ayah. Kanak-kanak seperti Angamah yang bersih dan suci hatinya masih dapat memaafkan segala perlakuan ayahnya itu terhadap dirinya, apatah lagi apabila dia menerima khabar kematian tragis ayahnya itu.

Persoalan
1. Tanggungjawab seorang guru dan ibu bapa.
Contoh:
2. Kepentingan pendidikan.
Contoh:
3. Keganasan dalam keluarga.
Contoh:
4. Kemiskinan yang membelenggu kehidupan.
Contoh:

Watak dan perwatakan

Watak utama

Angamah
 Kanak-kanak berbangsa India
 Sering dipukul oleh ayah tirinya
 Selajar dalam darjah enam Kenanga
 Anak sulung dalam keluarga
 Sering ponteng sekolah kerana menderita kesakitan dan malu kerana dipukul oleh ayahnya serta ditugaskan menjaga adik-adiknya yang masih kecil.
 Tidak suka hal peribadinya diketahui umum kerana akut dimarahi oleh ayahnya
 Hidup dalam ketakutan dan kesedihan
 Bijak dalam pelajaran
 Bertanggungjawab
 Penyayang walaupun kerap dipukul dan dimarahi oleh ayah tirinya tetapi Angamah tetap menyayangi lelaki tersebut
 Pendiam dan suka termenung
 Rajin

Watak sampingan

Cikgu Bustam
 Berusia dalam lingkungan empat puluhan
 Guru kelas dan guru Bahasa Melayu Angamah
 Penyayang
 Bertanggungjawab
 Berusaha untuk menyelesaikan masalah Angamah
 Prihatin terhadap masalah murid-muridnya
 Disayangi oleh murid-muridnya

Ayah
 ayah tiri Angamah
 Berbadan sasa, berwajah bengis
 Garang terhadap Angamah
 Tidak berperi kemanusiaan
 Tiada belas kasihan
 Pemabuk
 Pernah bekerja sebagai pemandu lori dan kini sebagai buruh binaan
 Mati akibat kemalangan di tempat kerja

Emak
 Ibu kandung Angamah
 Tiada sifat keibuan
 Sering membiarkan Angamah didera oleh suaminya
 Menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak yang masih kecil kepada Angamah
 Telah berpisah dengan ayah Angamah dan berkahwin lain
 Bekerja membantu suami demi memenuhi keperluan hidup

Guru Besar
 Bertanggungjawab
 Mudah diajak berunding
 Bersimpati dengan nasib yang menimpa Angamah
 Baik hati

Dahlan
 Ketua Kelas Enam Kenanga
 Patuh akan arahan guru
 Bertanggungjawab terhadap tugas

Jamiliah,Judith dan Anwar
 Rakan sekelas Angamah
 Berbangga dengan ibu bapa masing-masing
 Aktif dalam perbincangan dalam kelas

Plot

1. Permulaan:
 Cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya menulis karangan yang bertajuk ‘Saya Sayang Ayah‘
 Angamah mendiamkan diri apabila diajukan soalan tentang perasaannya terhadap ‘ayah’
2. Perkembangan:
 Angamah gelisah kerana dia tidak tahu menulis karangan seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Bustam
 Ingatannya melayang kepada peristiwa semalam dan sebelumnya. Ayahnya sering memukul Angamah.
 Ketua Kelas Angamah memungut buku karangan , Angamah tidak menghantar buku dan dipanggil oleg Cikgu Bustam
 Angamah datang ke sekolah dengan tangan yang bengkak. Cikgu Bustam membawa Angamah berjumpa guru besar untuk mengetahui puncanya.
3. Perumitan:
 Angamah memberitahu Cikgu Bustam dan guru besar bahawa dia selalu dipukul oleh ayah tirinya
4. Puncak Cerita:
 Angamah menerima berita tentang kemalangan yang menimpa ayahnya di sekolah
 Angamah dibawa ke hospital
 Ayah tiri Angamah meninggal dunia
 Angamah menjerit menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya



5. Peleraian Cerita:
 Mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah
 Angamah sedar bahawa dia tidak akan didera lagi
 Walau bagaimanapun, Angamah tetap menyayangi ayahnya.

Latar

Latar tempat
  •  Bilik darjah tahun Enam Kenanga
  •  Tempat Angamah menerima ilmu dari Cigku Bustam
  • Tempat di mana Angamah diminta oleh Cikgu Bustam menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya
  •  Rumah Angamah
  •  Tempat Angamah selalu didera oleh ayahnya
  •  Bilik guru
  • Cikgu Bustam memanggil Angamah untuk bertanyakan sebab mengapakah tangannya bengkak
  •  Bilik guru besar
  •  Hal Angamah dibawa ke pengetahuan guru besar
  •  Hospital
  •  Ayah Angamah dibawa ke hospital setelah ditimpa kemalangan
Latar masa
 berlangsung lebih kurang tiga hari
 bermula pada suatu hari di dalam kelas tahun Enam Kenanga ketika cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya menyiapkan sebuah karangan.
 berakhir pada suatu hari ketika mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah
Latar masyarakat
 masyarakat yang bertanggungjawab terhadap manusia di sekelilingnya
 sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Cikgu Bustam ketika membantu Angamah apabila mengetahui yang Angamah sentiasa didera
 masyarakat pelajar yang patuh akan arahan dan teguran guru mereka
 murid-murid tahun enam Kenanga yang patuh pada arahan guru mereka Cikgu Bustam
 segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab walaupun terhadap ahli keluarganya sendiri

Gaya Bahasa

1. Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami
2. Terdapat penggunaan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini
 
 Simile:
1. Ayah macam dirasuk syaitan
2. Jalur biru yang lurus itu seperti berombak
3. Suara yang bagaikan halilintar
 
 Personifikasi:
1. Suara guru itu menyentuh cuping telinga
2. Kelas jadi hidup
3. Wajah cikgu Bustam menari-nari di ruang matanya
4. Matahari telah condong ke darat
5. Bola matanya beralih ke arah jalan
6. Tali pinggang sebesar dua jari hinggap ke punggungnya
7. Seorang anak gadis yang sedang meniti ke alam remaja
 
 Hiperbola:
1. Tengking ayah bagaikan halilintar
2. Bergema hingga dirasakan hampir memecahkan anak telinganya
3. Ayah memandang dengan bola mata yang berapi
 
 Perulangan:
1. Saya sayang ayah
2. Dia tidak mahu
 
 Sinkof:
1. nangis
2. tak
3. nak
 
Simpulan bahasa
1. kurus melidi
2. ekor kuda
 
 metafora
1. bola mata
2. ayah selaku payung dalam rumahtangga
3. malam yang semakin larut

Nilai Murni

1. Kasih sayang
  •  Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya
  •  Angamah tidak berdendam walaupun sering didera oleh ayahnya
  •  Angamah mengenang jasa ayah tirinya membesarkannya

2. Bertanggungjawab
Cikgu Bustam menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menghulurkan bantuan kepada Angamah sebaik sahaja mengetahui bahawa anak muridnya itu sering menjadi mangsa dera ayahnya.

3. Bersimpati
Warga sekolah yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Angamah

4. Patuh
Angamah patuh pada arahan ibunya agar menjaga adik-adiknya yang masih kecil di rumah sepanjang masa ibu dan bapanya keluar bekerja walaupun terpaksa ponteng sekolah

5. Baik hati
Angamah yang cukup mulia hatinya kerana tidak menaruh dendam terhadap ayahnya yang sering memukul dan memarahinya tanpa sebab.

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa sayang dan berbaik sesama kita
2. Kita harus bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini
3. Kita harus sentiasa patuh akan nasihat dan kata-kata ibu bapa
4. Kita mesti prihatin dan bersimpati serta bersedia untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan
5. Ibu bapa merupakan orang yang harus melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dengan melindungi dan menumpahkan kasih-sayang kepada anak-anak
PERTEMUAN
Faizati Mohd Ali

Sinopsis

Mun ke sebuah gerai dengan harapan untuk mendapat sedikit makanan kerana terlalu lapar. Namun, Mun untuk diterajang oleh pemilik gerai tersebut. Kelaparan memaksa Mun untuk terus berusaha untuk mencari sesuatu. Mun berjumpa dengan Jonny yang tingal di sebuah rumah yang besar dan cantik. Mereka berdua bercerita tentang dua dunia yang terlalu asing bagi mereka.Mun dan Jonny berhasrat untuk bertukar tempat bagi menikmati kehidupan yang asing bagi mereka itu.Nasib Mun malang apabila terpaksa menghadapi kesakitan kerana dibelasah dengan teruk oleh tuan Jonny. Mun berputus asa, tetapi akhirnya muncul sepasang suami isteri yang membela nasib Mun yang telah lama menderita itu.

Tema

Keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang sukar diperolehi dalam kehidupan sebenar. Contohnya Mun yang merempat berjumpa dengan Johnny yang hidup mewah tetapi terkurung. Mereka cuba untuk bertukar kehidupan masing-masing, Mun cuba untuk hidup mewah tanpa memperdulikan soal kelaparan manakala Johnny cuba untuk merasa kebebasan hidup Mun.

Persoalan

1. Sesuatu yang dianggap baik ada keburukannya
• Sesuatu yang indah dikatakan menyeronokkan
• Berbeza dengan hakikat sebenar
Contoh: Mun ingin hidup seperti Johnny (hidup terkurung tetapi cukup segalanya) tetapi bagi Johnny hidup bebas seperti Mun satu keinginannya.

2. Tiada lagi perikemanusiaan
• sikap yang kian terpinggir dalam kehidupan masyarakat
• bersikap materialistik
Contoh: Mun yang telah lali dengan caci maki dan sepak terajang manusia sehingga Mun tidak lagi percaya adanya manusia yang bersimpati dengan nasibnya.

Watak dan Perwatakan

Mun
• seekor kucing liar
• kucing kurap yang hidup merempat/ kurus dan kotor
• hidup menderita / geledah tong sampah untuk mencari makanan atau mencari sisa-sisa makanan di gerai-gerai
• sering dimaki hamun dan disepak terajang oleh manusia
• berangan untuk hidup mewah seperti Johnny walaupun hidup terkurung
• Baik hati
• Semakin tidak faham dengan sikap manusia
• Diselamatkan oleh sepasang suami isteri


Amadeus Gonzales Johnhem ( Jonny )
• Kucing baka Parsi
• Ibu bapanya pernah menjadi juara dalam pertandingan kucing
• Berbulu panjang dan lebat
• Dijaga dengan rapi oleh tuannya/diberi ubat dan suntikan bagi melindunginya daripada penyakit
• Masih belum mengenal dunia yang sebenarnya
• Hidup terkurung
• Ingin hidup bebas seperti Mun

Mimi
• budak kecil yang ditemui oleh Mun di sebuah gerai
• baik hati
• belas kasihan.

Pemilik gerai makan
• Wakil manusia yang bersifat tidak berperikemanusiaan
• Memukul Mun tanpa belas kasihan

Tuan Johnny
• Lelaki bertubuh sasa
• Menyayangi Johnny sesungguh hati
• Marah dengan kehadiran Mun di rumahnya
• Memukul Mun dengan kayu dan menyepak Mun hingga cedera

Sepasang suami isteri
• Wakil manusia yang baik hati
• Berasa simpati dengan nasib malang Mun
• Mengutuk perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan Mun terlantar kesakitan
• Menyelamatkan Mun yang cedera parah dengan menghantar Mun ke klinik haiwan
Latar

Latar masa
• Waktu siang

Latar tempat
• Gerai makan
• Kawasan kurungan Johnny
• Di tepi jalan raya

Latar Masyarakat
• Masyarakat yang tiada perasaan belas kasihan terhadap haiwan.
• Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
• Kehidupan haiwan yang mewah
• Kehidupan haiwan yang serba kekurangan

Gaya Bahasa

 Simile
• Satu gaya bahasa kiasan yang berfungsi sebagai kata perbandingan.
• Melibatkan kata-kata perbandingan seperti seolah-olah, umpama, bak, bagai, seperti dan sebagainya.
Contoh :
1. Tidak seperti Mun, hidup diladungi derita setiap masa
2. Pertanyaan Mun ibarat satu tamparan yang melukakan

 Personifikasi
• Satu gaya bahasa kiasan yang membawa sifat orang kepada sesuatu objek
• Gaya bahasa ini juga dikenali sebagai perorangan, (mengorangkan yang bukan orang,yakni memberi sifat ataupun ayat dalam yang sama ataupun berlainan.
Contoh:
1. Simpati pun semakin malu untuk mempamerkan wajah
2. hati Mun berbisik, memujuk perut yang sudah menjerit lagi
3. Keperitan menghiris tanpa simpati
4. Kegarangan hujan
5. Deruman enjin kenderaan manampar pendengaran Mun

 Hiperbola
• satu perbandingan yang melampau
1. Kepedihan menjalar mengisi setiap rongga diri Mun, menyelinap ke seluruh saraf
2. anak matanya menjelajah dada langit

 Perulangan
• Penggunaan kata atau ayat yang berulang-ulang dalam sesebuah penulisan.
• Perulangan ini boleh melibatkan perkataan ataupun
ayat dalam situasi yang sama ataupun berlainan.

 Bahasa Inggeris
• Flea color
• Damn

 Istilah sains
• Feline Leukemia
• Felina Panleukopenia
• Rabies
• Ear mites

 Sinkof
• Perkataan singkatan
1. nak
2. tak
3. tapi

Plot

1.Permulaan
 Mun cuba mendapatkan makanan di sebuah gerai
 Dihalau oleh tuan punya gerai
 Selongkar tong sampah berhampiran

2. Perkembangan
 Mun disergah oleh seekor anjing
 Mun jumpa rumah besar dan cuba memasukinya
 Mun dan Johnny berkenalan

3. Perumitan
 Jonny dan Mun bersetuju untuk bertukar tempat tetapi hajat mereka tidak kesampaian

4. Puncak
 Mun dibelasah oleh tuan Jonny sehingga mengalami kecederaan yang parah

5. Peleraian
 Mun diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang baik hati dan mereka bercadang untuk membawa Mun ke klinik haiwan

Nilai Murni

 Berbelas kasihan
Hati manusia seharusnya mempunyai sifat belas kasihan terhadap haiwan seperti Mun

 Bertanggungjawab
Sepasang suami isteri yang bertanggungjawab dalam memastikan Mun mendapat rawatan akibat daripada kecederaan.

 Sayang kepada binatang.
Kita tidak seharusnya membiarkan haiwan yang tercedera begitu sahaja. Berilah rawatan yang sewajarnya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah sayang akan makhluk tuhan dan berusaha untuk hidup dalam suasana yang harmoni.
2. Kita harus menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
3. Kita harus melaporkan perbuatan penganiayaan yang berlaku di sekeliling kita kepada pihak yang berkuasa.
4. Kita hendaklah menolong mereka yang lemah dan memerlukan bantuan daripada kita dengan hati yang ikhlas

DUGONG

Sinopsis

Nak Dugong gentar apabila mendengar keluhan Tuk Dugong yang mengatakan bahawa kaum mereka semakin pupus. Nak dugong ingin berbicara dengan lebih lanjut dengan Tuk Dugong apabila Nak Dugong 1 dan Nak Dugong ll mengajak pergi ke seberang laut. Mereka sedang menikmati makanan di situ apabila Nak Dugong ll menjerit meminta tolong. Nak Dugong mendapati Nak Dugong l terperangkap di dalam jaring sementara Nak Dugong ll terkena lembing. Pada masa yang sama, Tuk Dugong menghampiri Nak Dugong dan menasihatikannya agar meninggalkan kawasan itu. Tuk Dugong bertindak menyelamatkan Nak Dugong yang hampir terkena lembing manusia. Walau bagaimanapun, Tuk Dugong berjaya ditangkap oleh manusia. Nak Dugong meninggalkan kawasan itu dengan rasa kesal dan sedih yang amat sangat.

Tema
• kerakusan manusia demi kepentingan diri.
Tema cerpen ini ialah nafsu manusia yang mengancam mahluk yang lain.

Persoalan

1. Dilema kepupusan spesis haiwan laut
Contoh: Dugong adalah hidupan laut yang semakin pupus kerana diancam oleh manusia untuk mendapatkan daging,lemak,gading,dan kulit dugong untuk dijual

2. Sikap dan tindakan manusia
Contoh: Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan dan sanggup membunuh dengan kejam demi kepentingan dan keuntungan mereka.Peristiwa kematian Nak Dugong I dan Nak Dugong II serta Tuk Dugong dapat dibuktikan.

3. Pengorbanan dan tanggungjawab
Contoh: Tuk Dugong telah menyelamatkan Nak Dugong yang merupakan pewaris generasi dugong yang diancam kepupusan.


Watak dan Perwatakan

Watak utama

Nak Dugong

 Sensitif
Ketika Tuk Dugong bertanyakan asal-usul dan hal ibu bapanya.Secara tiba-tiba dia berasa sedih dan ingin menangis ketika dia teringat akan nasib ibu bapanya yang mati terbunuh akibat terkena kipas kapal.

 Menghormati orang yang lebih tua dan dewasa
Nak Dugong menghormati Tuk Dugong kerana dia telah banyak mengajarnya tentang kehidupan Dugong yang penuh cabaran dan bahaya.

 Pendendam
Peristiwa Nak Dugong menyerang bot manusia yang menagkap Nak Dugong I dan Nak Dugong II.

 Setia Kawan dan simpati
Nak Dugong menghargai persahabatannya dengan Nak Dugong I dan II,walaupun baru berkawan dengan Nak Dugong I dan II dia tetap hendak menyelamatkan mereka tetapi telah dihalang oleh Tok Dugong.

 Mudah Terpedaya
Nak dugong terperangkap dalam bahaya sewaktu di sebelah barat kerana sikapnya mudah terpedaya oleh kata-kata Nak Dugong I dan II bertindak terburu-buru dan buruk sangka Nak Dugong cuba menyelamatkan Nak Dugong I dan II dan Nak Dugong menganggap Cik Dugong suka melayan jantan.

Watak-watak Sampingan

1. Tuk Dugong
 Bersikap terbuka
menceritakan pengalaman dan pengetahuanya kepada Nak Dugong mengenai sejarah dugong yang menjadi buruan manusia

 Bersyukur kepada tuhan
Dialog diantara Tuk Dugomg dengan Nak Dugongdapat dilihatkan keredhaan dan kesyukuran Tuk Dugong terhadap takdir tuhan.Cthnya,dia bergitu marah apabila Nak Dugong mempersoalkan takdir yang ditentukan oleh tuhan.

 Ikhlas dan sanggup berkorban
Pengorbanan yang dilakukan oleh Tuk Dugong kepada Nak Dugong dengan ikhlas demi menjaga generasinya supaya tidak pupus

 Berani dan kuat semangat
Tuk Dugong berani menyelamatkan Nak Dugong drpd rejaman lembing,walaupun keadaan Tuk Dugong cedera parah,namun sempat menyondol bot sehingga beberapa orang terhumban ke dalam laut.

3. Cik Dugong

 Isteri kepada Ngah Dugong
 Bersikap sabar
 Dia memberi nasihat kepada Nak Dugong, tetapi dia tidak mendengar nasihat Cik Dugong malah Nak Dugong memarahi Cik Dugong
 Tidak menyimpan dendam
 Cik Dugong tidak mengambil hati dengan kata-kata Nak Dugong yang menyakitkan hatinya.

3. Nak Dugong I dan Nak Dugong II
 Nakal
 tidak mahu mendengar nasihat dugong yang lebih tua.
 Terburu-buru dan tidak berhati-hati
 Mereka melakukan sesuatu tanpa berfikir tentang bahaya yang menanti dan hanya mementingkan kelazatan makanan.

Plot

1. Permulaan
 Tuk Dugong dan Nak Dugong bercakap tentang ancaman hidup yang sedang mereka hadapi.
2. Perkembangan
 Nak Dugong 1 dan Nak Dugong 2 mencabar Nak Dugong supaya menyertai mereka pergi ke seberang laut
3. Perumitan
 Nak Dugong 2 terkena lembing sementara Nak Dugong 1 terperangkap di dalam jaring dan di tangkap oleh manusia.
4. Puncak
 Tuk Dugong terbunuh dalam usahanya untuk menyelamatkan Nak Dugong.
5. Peleraian
 Nak Dugong berenang meninggalkan kawasan itu dangan hati yang sangat sedih.

Latar

Latar Tempat
 Gua
Tempat tinggal Nak Dugong untuk berehat,tidur dan makan
 Arah barat Lautan
Tempat menjadi medan tumpahnya darah Tuk Dugong tewas oleh tusukan lembing ketika menyelamatkan Nak Dugong.Tempat ini jugalah Nak Dugong I dan Nak Dugong II mati ditangkap oleh manusia.
 Lautan Afrika Barat
Tempat ibu bapa Nak Dugong terkorban akibat terkena kipas kapal.

Latar Masa
 Zaman Moden
kerana banyak manusia yang bersikap tamak dan tanpa belas kasihan terhadap haiwan.
 Dalam masa 2 hari

Latar Mayarakat
 Masyarakat hidupan laut yang mempunyai panggilan dan pangkat.
Cth:- ikan bilis sebagai NakBilis, ikan tuna Sebagai Kak Tuna.
 Masyarakat ikan dugong yang bersatu hati memikifkan kesinambungan keturunan mereka.
 Masyarakat ikan dugong yang mementingkan makanan tanpa mementingkan keselamatan diri

Gaya Bahasa

 cerpen ini banyak menggunakan gaya bahasa bercerita. Contohnya:
Hatiku mula panas. Aku memang sudah lama berlalu dengan Cik Dugong. seboleh-bolehnya tidak mahu bertegur sapa.

 gaya bahasa dialog digunakan juga. Contohnya:
“apa dosa kita, Tuk Dugong”
“Bodoh nya kau, Nak Dugong! Tu daging kau tu, hidangan enak bagi mereka.
Lemak kita dijadikan minyak. Begitu juga nasib kulit kita dan gading kita.”

 Pemilihan kata (diksi) cerpen ini indah dan berkesan. Contohnya:
bagaimana Tuk Dugong dapat memahami ombak yang bergelora didadaku ini?
Entah mengapa mulutku terkunci mendengar

 Penggunan Diksi
i. Pengulangan
Sedang aku menjenguk-jenguk di sekitar gua(Hal. 87)
ii. Sinkof
Emm,kami nak ke sebelah barat(hal. 87)
Tapi sebelum itu,kau mesti ikut aku ke rumah Tuk dugong (hal. 87)

 Penggunaan Ayat
.Ayat Pendek
Cik Dugong menjanda sekarang (hal. 84)
Aku segera memintas (hal. 86)

 Ayat seru
i. ``Sini pun ada !” (hal. 87)
ii.``Tuk Dugong !” (hal. 90)

 Ayat Tanya
``Kamu berasal dari mana Nak Dugong?” (hal 84)

 Inversi
Baru semalam Ngah Dugong mati tersangkut dipukat manusia (hal 84 )

 Personafikasi
tapi nampaknya mata ini berdegil (hal 86)

 Simile
bagai pahlawan ,aku membelah air dengan deras (hal. 91)

 Dispersonafikasi
aku terhenti dan seolah – olah beku (hal. 93)

 Peribahasa
Takut nanti habis, terbuang saja sepahnya (hal. 88)

 Metrafora
Daku tiba-tiba menyemarak dengan api dendam (hal. 90)

Nilai Murni

 Kasih Sayang
Nak Dugong sedih apabila mengenangkan dirinya yang telah kehilangan kasih sayang ibu bapanya yang telah mati.
 Baik Hati dan Tolong menolong
Nak Dugong yang cuba menyelamatkan Nak Dugong I dan II.Sikap ini juga dapat dilihat pada Tuk Dugong yang telah menyelamatkan Nak Dugong dan menyebabkan dia terkorban.
 Menghormati orang tua dan lebih dewasa
Nak Dugong amat menghormati Tuk Dugong
 Persahabatan dan setia kawan
Nak Dugong sangup membantu Nak Dugong I dan II tetapi telah dihalang oleh Tuk Dugong.
 Pengorbanan dan tanggungjawab
Ini dapat dibuktikan oleh tindakan Tuk Dugong menyelamatkan Nak Dugong.


Pengajaran

 Kita perlulah mengambil berat terhadap hidupan laut seperti
dugong yang semakin pupus.
 Kita janganlah bersikap kejam terhadap hidupan laut sebagai
manusia membunuh yang sanggup membunuh dugong untuk mengaut untung.
 kita janganlah memburu hidupan laut untuk mendapatkan
keuntungan.
 Kita perlulah berhati-hati dan berfikir tentang kesan sesuatu
tindakan sebeblum bertindak,terutama yang melibatkan nyawa.

HIKAYAT MAT JENIN
Sinopsis

Mat jenin seorang anak yatim piatu yang sering menjadi bahan ejekan pelajar-pelajar di sekolahnya.Mat Jenin diejek kerana dia miskin dan memakai pakaian yang bertampal-tampal untuk ke sekolah.Ejekan ini menyebabkan Mat Jenin hampir hilang semangat untuk belajar.Mat Jenin belajar sehingga tingkatan tiga sebelum menjadi pemanjat kelapa.Atas nasihat Cikgu Rosli,Mat Jenin bekerja di restoran abangnya.Di situ ,Mat Jenin belajar cara untuk berniaga dengan majikannya,Haji Sapudin.Dia berjaya membuka restorannya sendiri.Mat Jenin akhirnya berkahwin dengan seorang wartawan yang bernama Raja Nor Mustaqimah.Mat Jenin sangat gembira kerana dia berjaya dalam hidup dan juga perniagaannya.

Tema
Kegigihan dalam mencapai matlamat hidup.
Contohnya seorang anak muda bernama Mat Jenin telah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dari bawah dengan bekerja di sebuah restoran kemudian setelah lima tahun bekerja beliau membuka restorannya sendiri. Pada mulanya perniagaan agak lembab tetapi beransur maju berkat keazaman yang ada dalam diri Mat Jenin untuk meraih kejayaan.

Persoalan


1. Keyakinan diri untuk mencapai impian
Keyakinan diri yang ditunjukkan oleh Mat Jenin untuk meraih kejayaan. Beliau menjadikan majikannya, Haji Sapudin sebagai idolanya dalam menimba ilmu perniagaan. Akhirnya beliau berjaya.

2. Sikap positif untuk mengubah nasib diri
Pengalaman hidup susah sedari kecil membantu Mat jenin bersikap positif bagi mengubah nasib dirinya. Nasihat gurunya, Cikgu Rosli membuka matanya untuk berusaha menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

3. Kepentingan ilmu pengetahuan.
Ketabahan mengharungi dugaan hidup.
Kasih sayang.
Kemiskinan.


Watak dan perwatakan

Mat Jenin
 Yatim piatu setelah kematian ibu bapa ketika berusia 5 tahun
 Tinggal bersama datuk dan nenek di Kampung Kelapa Condong
 Umur 7 tahun, neneknya pula meninggal dunia
 Umur 15 tahun, datuknya meninggal dunia
 Tiada semangat untuk belajar selepas kematian datuknya
 Berasal daripada keluarga pemanjat kelapa terkenal
 Sering diejek ketika di sekolah
 Selepas SRP berhenti sekolah dan menjadi pemanjat kelapa
 Bekerja di restoran milik abang cikgu Rosli
 Gigih
 Berjaya memiliki restoran sendiri
 Berani menanggung sebarang risiko
 Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah

Cikgu Rosli
 Bekas guru Mat Jenin semasa di tingkatan 3
 Adik Haji Sapudin
 Pendorong kejayaan Mat Jenin
 Baik hati
 Akhirnya menjadi pensyarah di maktab perguruan selepaslulus universiti

Haji Sapudin
 Abang Cikgu Rosli
 Bekas majikan Mat Jenin
 Memiliki 2 buah restoran
 Membantu Mat Jenin mengenali dan mengendalikan perniagaan
 Jujur dalam perniagaan
 Gigih berusaha
 Seorang peniaga berjaya

Raja Nor Mustaqimah
 Seorang wartawan yang menemuramah Mat Jenin
 Wanita yang cantik, tinggi lampai dan berkulit hitam manis
 Berkahwin dengan Mat Jenin

Datuk Mat Jenin
 Memberi semangat kepada Mat Jenin agar tidak berputus asa
 Bertanggungjawab memelihara Mat Jenin sejak Mat Jenin kematian kedua ibu bapanya.

Plot

1. Permulaan
 Latar belakang Mat Jenin yang kematian kedua ibu dan bapanya diikuti dengan kematian nenek dan datuknya
 Setelah menjadi anak yatim, Mat Jenin dijaga oleh datuk dan neneknya
 Datuknya banyak memberi galakan kepadanya untuk terus bersekolah
 Selepas menduduki SRP datuknya meninggal dunia

2. Perkembangan
 Berhenti sekolah dan bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa
 Bertemu Cikgu Rosli dan menggalakkan Mat Jenin berhijrah ke bandar untuk menimba pengalaman
 Mat Jenin bekerja di restoran Haji Sapudin (abang Cikgu Rosli) sambil menuntut ilmu perniagaan daripadanya.
 Mat Jenin membuka restoran sendiri.

3. Perumitan
 Pada awal pembukaan restorannya, Mat Jenin mengalami kerugiaan.
 Mat Jenin berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Raja Nor Mustaqim.

4. Puncak
 Mat Jenin berjaya dalam perniagaan
 Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah

5. Peleraian
 Mat Jenin menyambut kelahiran anak sulung
 Mat Jenin pergi ke majlis perasmian cawangan restorannya ketiga.
 Dirasmikan oleh seorang menteri

Latar

Latar Tempat

 Kampung Kelapa Condong.
- Kampung Mat Jenin dibesarkan
 Sekolah Kampung Kelapa Condong.
- Mat Jenin belajar hingga ke tingkatan tiga
 Pasar Sehari Pekan Kelapa Condong.
 Restoran Selera Terbuka.
- Restoran milik Haji Sapudin
- Tempat Mat Jenin menimba ilmu perniagaan
 Rumah Mat Jenin.
 Restoran Mat Jenin.

Latar Masa

 Berkisar sekitar tempoh 25 tahun
 Bermula semasa Mat Jenin masih bersekolah di sekolah rendah.
 Berakhir pada suatu hari apabila Mat Jenin bergegas untuk menghadiri majlis perasmian cawangan restorannya di Bandar K.

Latar Masyarakat

 Terdiri daripada masyarakat desa
Keluarga Mat Jenin tergolong dalam kelompok miskin tetapi amat pentingkan pelajaran
 Masyarakat yang tabah dan gigih dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.
 Masyarakat yang tahu menggunakan dan menghargai ilmu pengetahuan yang dimilikinya
 Masyarakat yang sanggup membantu orang lain demi melihat bangsanya berjaya dalam hidupnya.

Gaya Bahasa

 Pengarang menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.
 Terdapat penyelitan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini.

 Simile
1. Matanya seperti bintang timur.
2. Macamlah aku ni anak monyet yang baru ditangkap dari hutan
3. bagaikan matahari telah hancur dan tidak muncul lagi

 Personafikasi
1. Pertanyaan itu pun mengetuk-ngetuk benakku.
2. matahari terus meninggi dan melemparkan sinar teriknya
3. tikaman sinar matahari
4. pokok-pokok dab rumah di kiri kanan jalan berlari-lari ke belakang
5. deringan loceng menghalau Raja Nor Mustaqimah

 Hiperbola
1. Terasa bagai matahari telah hancur dan tidak akan muncul lagi.
2. kata-kata Haji Sapaudin mengetuk-ngetuk gegendang telingaku

 Perulangan
1. Tak kenal penat, tak kenal malu.

 Simbolik
1. Kudis.

 Sinkof
1. Guruku
2. Tau
3. Nak

 Puisi
Mat Jenin orang pelupa,
Nak kawin puteri raja,
Jatuh dari pokok kelapa,
Kesian dia.


Nilai Murni

 Kegigihan.
 Ketabahan.
 Kerajinan.
 Kejujuran.
 Tolong-menolong.

Pengajaran

 Kita hendaklah mengamalkan semangat tolong-menolong dalam keluarga dan masyarakat agar kita dapat hidup dengan aman dan harmoni.
 Kita harus menghargai budi dan pemberian orang lain terhadap kita dengan seikhlas hati.
 Kita tidak harus mengeji mereka yang hidup dalam Kemiskinan.
 Kita hendaklah menghormati mereka yang lebih tua daripada kita.
 Kita harus bertanggungjawab dan jujur dalam mengejar matlamat hidup.


RAHSIA
Sinopsis

Seorang pencerita membongkar rahsia Amar ketika berdepan dengan kegawatan apabila pesawat yang mereka naiki menghadapi masalah teknikal.Amar yang bersama dengan anaknya,Zulfakar dalam penerbangan itu diminta untuk membantu Kapten Rashid mengendalikan pesawat tersebut.Mereka terpaksa mendaratkan pesawat itu di sebuah lapangan terbeng lama,Lapangan Terbeng Qu kerana mereka kekurangan minyak.Mereka berjaya melakukan pendaratan tetapi pesawat tersebut meletup sejurus selepas mendarat.Amar tidak dapat menyelamatkan Zulfakar .Peristiwa ini menyebabkan dia sering ke tempat penuh kenangan itu pada setiap kali dia merindui Zulfakar.Namun akhirnya Amar sedar bahawa dia terpaksa menerima hakikat kehilangan anak kesayangannya itu dan merelakan pemergiannya.

Tema

Kasih sayang dan penorbanan seorang ayah kepada anaknya yang dikasihi.

Persoalan

a) Kekuatan mental dan emosi sewaktu menghadapi dugaan
Amar mengamal emosin dan ketakutanya sewaktu bersama-sama Kepten Rashid mengendali pesawat yang rosak untuk membuat perbuatan kecemasan.
b) Ilmu pengetahuan dan pengalaman
Amar dan Kaptan Rashid menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada untuk menyelamatkan pesawat meletup di udara.
c) Tindakan dan sikap manusia
Sikap penumpang yang berlumba-lumba mahu menyelamatkan diri masing-masing dalam suasana cemas dan kelam-kabut.
d) Hati dan Perasaan
Hati Amar berbelah bagi antara kepentingan diri dan keluarga atau pesawat yang diancam bahaya.Ketika itu,perasaan penumpang dalam keadaan yang sangat cemas.
e) Kepercayaan kepada hantu atau puaka.
Penduduk setempat amat percaya kepada hantu dan menanggap tapak Landasan Kapal Terbang yang merakam peristiwa ngeri itu berhantu dan boleh membawa malapetaka kepada mereka.


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Amar
a) Penyayang dan bertanggungjawab
i. Amar seorang ayah yang penyayang sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.
ii. Dia bertanggungjawab memastikan keselamatan penumpang.
b) Sering menghadapi konflik dan tekanan jiwa
Setelah kemalangan yang menyebabkan anaknya terkorban jiwanya tertekan.
c) Pandai menyembunyikan perasaan cemas
Ketika dia melihat bahagian bawah pesawat terbakar dia menyembunyikan perasaannya daripada pengetahuan penumpang-penumpang dan anaknya.
d) Juru terbang yang berpengalaman.
Dia dapat mengendalikan pendaratan kecemasan daripada meletup di udara.
e) Kehilangan anak dalam kemalangan pesawat
Dia tidak sempat menyelamatkan anaknya ketika kapal terbang hampir meletup.

Watak Sampingan

Kapten Rashid
a) Rakan sejawat Amar.
b) Ketua juru terbang
c) Tenang menghadapi keadaan cemas
Dia tenang keadaan cemas ketika mengendali pesawat yang sudah mula terbakar
d) Berpengalaman
Dia dapat mengendalikan pesawat yang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan ke Bandar Tzon.
e) Bertanggungjawab dan gigih
Dia berusaha untuk menentukan pesawat dapat mendarat dengan selamat.

Zulfakar
a) Anak Amar dan Siti Zubaidah
b) Patuh kepada orang tua
Dia tidak membantah ketika Amar terpaksa ke ruang juru terbang pesawat dan meninggalkannya di bawah pengawasan pramugari.
c) tidak sabar
dia tidak sabar untuk berjumpa dengan ibunya.

Plot

 Permulaan
 Seorang pembocor rahsia menceritakan rahsia orang yang bernama Amar
 Perkembangan
 Dalam kisah tersebut,Amar berdiri di sebuah pondok kawalan lapangan terbang lama sambil mengenang kembali peristiwa pahit dalam hidupnya
 Perumitan
 Amar terkenang semasa dia dan anaknya,Zulfakar dalam sebuah pesawat yang sedang menghadapi masalah teknikal.Amar diminta untuk membantu juruterbang pesawat tersebut iaitu kapten Rashid .
 Dalam kenangannya,Amar masih ingat kegawatan yang mereka hadapi apabila mereka terpaksa membuat pendaratan cemas.
 Puncak
 Amar dan Kepten Rashid berjaya mendarat di Lapangan Terbang Qu tetapi pesawat itu meletup beberapa ketika selepas pendaratan tersebut.
 Peleraian
 Pembocor rahsia(kemungkinan Amar sendiri)
memberitahu bahawa lapangan terbang itu tidak berhantu seperti yang didakwa oleh penduduk tempatan.Lembaga yang mereka sangka hantu itu sebenarnya ialah Amar sendiri yang sering pergi ke tempat itu kerana merindui anaknya,Zulfakar.

Latar

Latar Tempat
• Lapangan Terbang QU.
• Pondok kawalan Lapangan Terbang QU.
• Di dalam pesawat Boeing 737.
• Ruangan kokpit pesawat.

Latar Masa
• Berlangsung dalam sehari.
• Bermula pada suatu hari apabila pengarang mula bercerita tentang kisah di sebalik Lapangan Terbang QU.

Latar Masyarakat
• Masyarakat yang menderita kerana kehilangan orang yang tersayangi
• Masyarakat yang terpaksa akur dan tabah ketika berdepan dengan kemasan
• Segelintir masyarakat yang mempercayai sesuatu yang karut

Gaya Bahasa

a) Diksi
i. Bahasa Inggeris
Amar menggerakan control column ke kanan dan melihat heading indi cator 25 darjah (hal 113)
ii. Bahasa Arab
Siapa ana? Nama ana? Tidak perlulah (hal 110)

b) Pengulangan
Panas
Tidak tahulah aqmar, panas oleh kebosanan atau panas oleh kerinduan (hal 110)

c) Pengunaan Ayat
i. Ayat Tanya
``Abi,mengapa Abi diam?Abi demamkah?(hal 110)
ii. Ayat seru
``Err… kita telah terputus hubungan dengan menara Kawalan di Lapangan Terbang Xu.
(hal 114)
iii. Ayat pendek
Lonceng pemindahan berdering (hal 119)
iv. Ayat panjang
Amar tidak tahu dalam ruang sekecil itu,yang berhenyak- henyak sesama mereka masih manusia atau apa!Mereka telah melompat dari kerusi ke kerusi (hal 120)
d) Personafikasi
Cuma pada ruang yang agak tinggi masih kelihatan tiada rumput nan melintuk-lintuk menjamah butir hujan (hal 110)

e) Simile
i. Ruang penumpang pesawat ini bagaikan tempat simpan mayat (hal 112)
ii. Pedihnya bagai disengat sekawan tembuan (hal 121)

f) Inversi
Dilantai pesawat terdapat lubang tidak tutup rapat (hal 116)

g) Metafora
Air kedukaan itu berbaur dengan manik-manik hujan (hal 112)

Nilai Murni
a) Kerjasama dan tolong-menolong
Amar dan Kaptan Rashid berkerjasama mengendalikan pesawat yang hendak mendarat
b) Kasih Sayang
Amar sangat sayang akan anaknya sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.
c) Bertanggungjawab
Amar dan Kaptan Rashid bertanggungjawab memastikan pesawat mendarat dengan selamat dan penumpang berada dalam keadaan tenang
d) Ketenangan dan ketabahan
Amar dan Kaptan Rashid bergitu tenang mengendalikan pesawat yang hampir meletup itu
e) Bersyukur kepada tuhan
Amar bersyukur kerana semua penumpang terselamat walaupun anaknya terkorban


Pengajaran

a) Bersikap tenang ketika menghadapi suasana cemas
Kita perlulah tenang apabila menghadapi situasi yang cemas supaya setiap tindakan yang kita lakukan tidak membahayakan orang lain
b) Menghidari sikap terburu-buru dan mementingkan diri sendiri
Jika diamalkan sikap tersebut akan merugikan diri sendiri kerana masyarakat tidak akan kukuh jika anggotanya hanya bersikap begini.Cthnya penumpang pesawat yang terburu-buru keluar tanpa memikirkan orang lain.
c) Bertawakal kpd tuhan
ketika menerima musibah atau dugaan.Cthnya Amar bertawakal kepada tuhan agar mereka selamat setelah Amar dan Kaptan Rashid berusaha bersungguh-sungguh mengendalikan pesawat itu.
d) Tidak mudah percaya kepada khabar angin atau cerita tentang hantu dan penunggu
Penduduk setempat membuat cerita bahawa ada hantu di padang itu yang mencari anaknya yang hilang.
ANAK BUMI TERCINTA
SINOPSIS
Matain ialah budak lelaki yang masih kecil yang hidup di kampung. Sehari-hari ia suka membantu ibunya, Mak Cik Esah, menyirami bunga dan merawat terung-terung yang ada di kebun.
Kejadian ini bermula pada sebuah tengah hari disaat Matain yang membantu ibunya berkebun. Matain suka sekali menyiram pokok terung dengan air yang diambilnya dari telaga. Pada cerpen ini, diceritakan pula bahawa ia suka bergaduh dengan kakaknya, Sitiawa, seorang budak perempuan yang juga masih kecil.
Kak Jarah yang sayang kepada Matain saat itu membela Matain kerana Sitiawa sering mengejek serta mengatai Matain, tetapi ibu menyalahkan Matain dan memberinya sebuah bahaman. Setelah bercakap dengan kak Jarah, Matain kembali bersemangat. Rencananya, setelah itu Matain akan belajar ABC dengan kak Jarah, akan tetapi ia Malah bermain di kebun. Dia berusaha mengambil air dari telaga dengan timba dengan usaha yang keras hingga akhirnya dia pun jatuh.
Saat Matain jatuh ke dalam telaga, Mak, Sitiawa, serta kak Jarah tak sedar. Mak kira hanya timba yang jatuh, tetapi setelah melihat ada kaki di dalam telaga, barulah ia memanggil semua orang satu kampung. Mengetahui bahawa yang jatuh ialah Matain, semua langsung menangis kerana tak menyangka bahawa ia yang jatuh. Selepas pulang kerja, ayah dan abang Jali disambut bau kemenyan kerana Matain sudah tidak ada lagi.
1) Tema:
Tema cerpen ini ialah cabaran hidup yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu di pedalaman kampung. Dalam hal ini,cabaran yang dihadapi ialah kepedulian keluarga, contohnya kepedulian Mak Cik Esah, Kak Jarah, serta Sitiawa terhadapMatain. Perlunya kerja keras serta usaha masyarakat kampung juga dapat diangkat sebagai tema kerana ibu yang sibukserta ayah dan kakak yang perlu bekerja untuk menghidupi keluarga.



2) Persoalan
  • Kepedulian dan kasih sayang antara keluarga : Kak Jarah sayang kepada Matain. Ia membela Matain saat Mak baham Matain dan suka membela Matain saat Sitiawa mengganggu.
  • Kerja keras masyarakat kampung : Ayah serta kakak lelaki Matain bekerja untuk menghidupi keluarga.
  • Tolong-menolong antara sesama : Seluruh orang di kampung saling tolong-menolong setelah mengetahui bahawa ada seseorang yang jatuh ke dalam telaga.
  • Perbalahan antara kakak dan adik : Matain dan Sitiawa ialah adik dan kakak yang suka bergadu kerana usia mereka yang masih muda (bocah).
  1. Plot
Plot
Permulaan
Penceritaan bermula apabila Matain mahu mengikut dan menolong emak berkebun. Emak mahu
membuat peneduh pokok terung.
Perkembangan
Matain bergaduh dengan Sitiawa dan membaling tanah keras ke mukanya sehingga mulut Sitiawa berdarah. Matain merajuk apabila dipukul dengan belakang tangan emak. Kak Jarah memujuk Matain dan memarahi Sitiawa yang suka bergaduh dengan Matain. Selepas bergaduh dengan Sitiawa sekali lagi, Matain ke kebun. Dia hendak menyiram pokok terungnya. Emak memberitahu dia terdengar sesuatu jatuh ke dalam telaga dan menyuruh Kak Jarah melihat jika benda yang terjatuh itu ialah timba.
Klimaks
Kak Jarah dan emak terkejut melihat ada kaki manusia di dalam telaga. Dengan bantuan Pak Cik
Bakar dan Pak Cik Isa, mereka mendapati Matain yang telah terjatuh ke dalam telaga.
Peleraian
Matain berjaya dibawa keluar dari dalam telaga. Pak Cik Bakar dan Pak Cik Isa mengesahkan Matain
sudah meninggal dunia. Kepulangan Pak Cik Amat dan Abang Jali disambut oleh bau kemenyan



4) Perwatakan
Matain (watak utama cerita yang statik)
  • Budak malang kerana kurang mendapat kasih sayang dari ibunya dan kakak perempuannya, Sitiawa.
  • Meski begitu, Matain selalu tampak senang serta bahagia seperti budak lelaki biasa yang suka berseronok.
  • Matain suka ke kebun terung dan menyiram pokok terung dengan air yang diambilnya dari telaga.
  • Matain masih bodoh kerana masih kecil dan belum mengenal ABC serta masih perlu dibaritahu emak untuk memakai seluar.
  • Sayang ibu kerana suka membantu di kebun.
Kak Jarah (watak sampingan yang statik)
  • Kakak yang baik kepada Matain kerana sangat peduli dan sayang kepada adiknya.
  • Kakak yang bertanggung jawab
Mak Cik Esah (watak sampingan yang dinamik)
  • Ibu yang kurang peduli kepada Matain meskipun dia sayang terhadap anak-anaknya  (dapat dilihat saat ia mendengar bunyi benda yang berdebur ke dalam telaga, ia kurang perhatian dan resah . Ia tidak sangka bahawa mungkin Matain yang jatuh ke dalam telaga tersebut dan dia pun tidak tahu Matain ada dimana).
  • Ibu yang suka bekerja keras kerana selain memasak, ia juga berkebun dan melakukan pelbagai hal lain.
4) Latar
  • Masa: Tengah hari
  • Tempat: Kampung (tempat masyarakat dalam cerita ini tinggal), rumah Mak Cik Esah (tempat ia dan keluarganya hidup), kebun (tempat Mak Cik Esah menanam terung bersama anak-anaknya), telaga (tempat untuk mandi, mengambil air untuk menyiram pokok terung).
  • Masyarakat : Masyarakat kampung yang miskin tetapi mempunyai semangat tolong-menolong yang besar.
5) Gaya Bahasa
  • Menggunakan bahasa kampung atau daerah yang kurang lazim digunakan masyarakat moden saat ini.
  • Pengulangan kata ‘Padan Muka’.
  • Simile : Poket seluar menggelembir di pipi kiri kanan jadi macam telinga gajah.
  • Perlambangan untuk orang yang sudah meninggal: tidak ada lagi.
6) Pengajaran
  • Kita harus memberikan kasih sayang serta memperhatikan sesama.
  • Mengamalkan sikap tolong-menolong apalagi jika ada yang kesusahan atau mempunyai masalah
  • Berbakti pada orang tua seperti Matain yang suka membantu ibunya di kebun.
  • Jangan suka bergaduh dengan sesama saudara.

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA :PROSA TRADITIONAL

PAK BELALANG

SINOPSIS

Seorang juragan datang menghadap Raja Indera Maya.Juragan itu membawa anak-anak itik yang baru menetas.Dia meminta Raja Indera Maya menentukan jantan atau betina itik tersebut.jika Raja Indera Maya gagal menekanya, kerajaan Indera Maya akan menjadi miliknya dan jika Raja Indera Maya berjaya,Juragan itu akan menyerahkan ketiga-tiga buah kapal serta muatannya.Raja Indera Maya bersetuju.Baginda menintahkan ahli nujum, iaitu Pak Belalang ke Istana.
Pak Belalang Pulang kerumah dengan hati yang bimbang.Dia takut akan pembohongannya selama ini diketahui orang.Sungguh pun begitu,Pak Belalang tetap berdoa agar tuhan memakbulkan permintaannya.
Pada malam ketiga ,Pak Belalang mendapat akal.Dia bersampan menuju ke kapal juragan.Sewaktu menghampiri kapal tersebut ,dia terdengar juragan sedang berbual-bual dengan isterinya tentang cara-cara untuk menentukan jantan atau betina itik yang baru menetas itu.Pak Belalang pulang kerumah dengan senang hati.
Setelah tiba hari yang dijanjikan,Pak Belalang dipersilakan datang ke Istana.Pak Belalang meminta sebekas air lalu melepaskan anak-anak itik ke dalamnya.Pak Belalang memberitahu bahawa anak itik yang menyelam terlebih dahulu itu ialah itik jantan manakala yang menyelam kemudian ialah itik betina.
Akhirnya, Raja Indera Maya memiliki ketiga-tiga buah kapal dengan muatannya sekali.Juragan ,Isteri ,dan anak kapal balik ke negeri mereka sehelai sepinggang.Juragan amat menyesal kerana memberitahu jawapan teka-teki kepada isterinya pada malam itu.


TEMA

Tema cerita Pak Belalang adalah tentang kebijaksanaan,iaitu orang yang bijaksana dapat menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan.

Contohnya:

Pak Belalang merupakan seorang yang bijaksana kerana mampu meneka jantina anak itik seperti yang dipersoalkan oleh juragan kapal. Pada hakikat sebenarnya, Pak Belalang tidak tahu jawapan tersebut tetapi dia tetap berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pergi mendekati kapal juragan dan akhirnya dia memperoleh jawapan tersebut apabila isteri juragan ingin tahu benar akan jawapan tersebut.

PERSOALAN

] Usaha tangga kejayaan
] Malang tidak berbau atau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
] Orang yang tamak selalu rugi
] Masyarakat yang suka bertaruh
] Nasib yang baik akan menyebelahi orang yang benar


WATAK DAN PERWATAKAN

Pak Belalang

] Seorang yang bijaksana
] Mempunyai hubungan yang baik dengan raja
] Berfikiran kritis dan bijak bertindak semasa menghadapi masalah
] Menjadi orang harapan raja untuk menyelesaikan masalah menentukan jantina anak itik
] Mengaku kepada raja bahawa dirinya seorang ahli nujum serta memliki banyak buku rujukan tentang nujum
] Selalu bernasib baik
] Menjadi ahli nujum istana

Juragan

] Seorang ahli perniagaan
] Kaya dan berharta
] Mengemukakan teka-teki kepada raja
] Mempertaruhkan tiga buah kapal dan muatannya jika teka-teki dapat dijawab
] Tamak kerana ingin cepat kaya
] Tidak berhati-hati apabila bercakap
] Mengalami kerugian apabila teka-teki dapat dijawab oleh ahli nujum

Raja Indera Maya

] Raja yang berani
] Suka bertaruh
] Tidak berfikir panjang ketika mempersetujui sebarang syarat pertaruhan
] Terlalu yakin kepada ahli nujum


Isteri Juragan

] Wanita yang pandai memujuk suaminya untuk mengetahui sebarang rahsia
] Tidak memikirkan risiko sekirannya rahsia terbongkar

LATAR

Latar tempat

] Di negeri Indera Maya
] Di balairung istana
] Di rumah Pak Belalang
] Di atas kapal Juragan yang sedang belabuh

Latar masa

] Selama tiga hari

Latar masyrakat

] Masyarakat yang terdiri daripada raja dan pembesarnya
] Masyarakat yang setia kepada raja
] Masyarakat yang menganut agama Islam
] Masyarakat yang menjalankan perniagaan
] Masyarakat yang suka bertaruh
] Masyarakat yang bersikap tamak

PLOT

] Permulaan

Juragan membawa tiga buah kapal ke negeri Indera Maya.Beliau mengajak Raja Indera Maya bertaruh untuk mengenal jantina anak itikyang baru menetas.Cegarannya ialah tiga buah kapal dengan muatannya dan Negri Indera Maya

] Perkembangan

Raja Indera Maya bersetuju.Baginda meminta tempoh selama tiga hari.Selepas itu baginda menintahkan Pak Belalang datang keistana.Pak belalang berasa susah hati kerana dia tidak tahu jawapannya.

] Perumitan

Pak Belalang dukacita kerana tidak tahu untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mula berasa takut rahsianya terbongkar

] Klimaks

Pada malam ketiga,Pak Belalang pergi ke kapal Juragan.Pak Belalang terdengar akan berbualan antara Juragan dengan isterinya tentang jawapan teka-teki itu.

] Peleraian

Pak Belalang berjaya menjawab soalan teka-teki dengan tepat.Juragan menyerahkan tiga buah kapal berserta muatanya kepada Raja Indera Maya.Dia bersama-sama dengan isterinya dan mengikut nya kembali ke negeri asal mereka.

GAYA BAHASA

] Bahasa Klasik
Contoh: sahaya, jeragan, tib
] Bahasa Istana
Contoh: tuanku, baginda, patik, beta, menteri, hulubalang, sida-sida, sarwa, hatta dan biduanda
] Penggunaan pangkal mula ayat
Contoh: hatta, maka, syahadan, sebermula
] Bahasa Arab
Contoh: kudrat, Ya Allah, ya rabbi, ya sayidi ya maula, Allah subhanahu wata’ala, makbul, fasal

NILAI

] Kebijaksanaan
Contoh:
Nilai ini ditonjolkan oleh Pak Belalang yang perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk mendapatkan jawapan teka-teki yang dikemukankan oleh Juragan

] Keberanian
Contoh:
Pak Belalang sanggup meredah pekat malam untuk ke kapal Juragan bagi mencari jawapan teka-teki tersebut

] Hormat-menghormati
Contoh:
Pak Belalang amat menghormati dan taat kepada Raja Indera Maya. Manakala Juragan juga sebagai orang luar amat menghormati peraturan negeri yang tetapkan oleh Raja Indera Maya.

] Bertimbang rasa
Contoh:
Raja bersimpati dengan nasib Juragan yang kalah dalam pertaruhan. Raja membekalkan tiga buah perahu dan bekalan yang mencukupi bagi membolehkan Juragan dan anak-anak kapalnya pulang ke tempat asal mereka.

PENGAJARAN

] Kita hendaklah yakin pada diri sendiri dalam semua perkara yang kita lakukan
] Kita hendaklah bersifat proktif dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah
] Setiap orang hendaklah hormat dan taat pada raja
] Jangan suka bertaruh atau berjudi kerana akan merugikan diri sendiri
] Jangan suka berbohong kerana orang yang suka berbohong hidupnya tidak selamat dan sentiasa bersusah hati

HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI


SINOPSIS

Raja Melaka diiringi oleh pengawai- pengawai kerajaan dan pembesar negeri menghadap seri Betara Majapahit.Seri Betara Majapahit menpersilakan Raja Melaka menjamu selera di peseban.Tiba-tiba parajurit tua kerajaan majapahit bernama Taming Sari mengamuk.Sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya akan dibunuhnya.Melihat yang demikian,Seri Betara memimpin Raja Melaka masuk ke istana.Tun Tuah berasa gembira tindakan Seri Betara itu.TunTuah mencari-cari patih gajah Mada yang dikatakan sungguh berani, tetapi telah menghilangkan diri.
Tun Tuah naik ke peseban untuk bertaruh dengan Taming Sari.Tun Tuah menikam Taming Sari dengan kerisnya tapi tubuh Taming Sari tidak lut.Oleh itu,TunTuah mencari helah, kononnya mahu merampas takhtah Majapahit dan kemudian melantik Taming Sari sebagai Ratu dengan syarat mereka bertukar senjata.Setelah bertukar senjata,Tun Tuah menikam Taming Sari sehingga mati.Tun Tuah mempersembahkan keris Taming Sari kepada Seri Betara.Seri Betara telah menganugerahkan keris Taming Sari, kawasan anak sungai Jemaja dan jawatan Laksamana kepadaTun Tuah.

TEMA

Tema cerita ini tersirat melalui watak Tun Tuah pahlawan Melayu Melaka yang handal dan bijaksana ketika menentang Taming Sari dan berjaya mengalahkannya.

PERSOALAN

] Setiap negeri mempunyai pahlawan negara yang gagah perkasa lagi berani
Contoh:
Hang Tuah rela bertarung dengan Taming Sari yang sedang mengamuk.

] Kebijaksanaan berfikir dan bertindak bagi menghapuskan kejahatan dan kekejaman
Contoh:
Hang Tuah menggunakan kebijaksanaannya untuk menipu Taming Sari bagi mendapatkan keris tersebut.


WATAK DAN PERWATAKAN


Hang Tuah

] Mengiringi Raja Melaka ke Majapahit
] Gagah, berani, tangkas bermain senjata
] Berpangkat Laksamana
] Taat dan setia kepada raja
] Bijaksana


Taming Sari

] Memiliki senjata Taming Sari
] Perajurit tua dari Majapahit
] Bertubuh kebal dan tidak lut senjata
] Kejam membunuh
] Mudah terpedaya tipu muslihat Hang Tuah
] Mati dibunuh Hang Tuah

Betara Majapahit

] Pemerintah kerjaan Majapahit
] Menghormati tetamu
] Bertanggungjawab
] Pemurah dan mengenang jasa Hang Tuah

LATAR

Latar tempat

] Negeri Majapahit
] Di istana RatuMjapahit
] Di luar pintu Peseban
] Di Peseban
] Di tengah Pesara

Latar masa

] Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Latar masyarakat

] Golongan istana (Betara Majapahit dan Raja Melaka)
] Golongan pembesar ( Patih Gajah Mada, Perdana menteri, laksamana)
] Negeri yang diperintah oleh Raja
] Masyarakat Jawa di Majapahit
] Masyarakat yang setia kepada raja
] Golongan pahlawan

PLOT

] Permulaan

Seri Betara dan rakyat Jawa meraikan kedatangan Raja Melaka dan rombongan di istana Majapahit.

] Perkembangan

Taming Sari mengamuk.Dia mebunuh banyak orang.Seri Betara memimpin Raja Melaka ke dalam istana.

] Perumitan

Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari

] Klimaks

Tun Tuah menikam Taming Sari tapi tubuhnya tidak lut.TunTuah mencari helah dengan mengatakan akan melantik Taming Sari sebagai Ratu Majapahit jika mereka berjaya merampas Kerajaan Majapahit. Meraka bertukar senjata. Tun Tuah menikam Taming Sari.Taming Sri mati.

] Peleraian

Seri Betara mengurniakan gelaran Laksamana , keris Taming Sari dan kawasan anak sungai Jemaja kepada Tun Tuah.

GAYA BAHASA

] Bahasa Klasik
Contoh:
Peseban, ceterua, sida-sida, bentara, piala, penjurit, pendua, memekis, penggawa, pelenter, papan khambi, tertitar-titar, lamun

] Bahasa Istana
Contoh:
Santap, tuanku, duli, patik, baginda, ratu, titah dll.

] Bahasa Jawa
Contoh:
Pakanira, manira, kiai, adipati

] Kata pangkal ayat
Contoh:
hatta, maka

] Simile
Contoh:
i. datangnya itu seperti baling-baling
ii. bernyala-nyala seperti ap

NILAI

] Keberanian
Contoh:

Hang Tuah menunjukkan sifat beraninya apabila telah tampil ke hadapan untuk melawan Taming Sari yang sedang mengamuk sedangkan pahlawan Majapahit yang lain melarikan diri.

] Rasional, berfikir secara kritis, dan bernas untuk mengelesaikan masalah
Contoh:
Hang Tuah telah bertindak bijak dengan memperdayakan Taming Sari yang sukar dibunuh dengan adanya keris Taming Sari itu. Hang Tuah membuat helah untuk mendapatkan keris itu agar Taming Sari dapat dibunuh.


] Berterima kasih
Contoh:
Betara Majapahit menghadiahkan anak sungai Jemaja dan memberikan gelaran Laksamana kepada Hang Tuah setelah berjaya membunuh Taming Sari.

PENGAJARAN

] Kita hendaklah menggunakan akal fikiran untuk menewaskan musuh dan bukan mengantung pada kekuatan fizikal sahaja
] Keberanian untuk mempertahankan tanah air tercinta perlu ada pada diri setiap rakyat agar nama baik dan maruah negara terpelihara.
] Kita hendaklah menjalankan tugasnya yang diamnahkan pada kita
] Kita hendaklah mengenang jasa orang lain terhadap kita
] Kita hendaklah berfikir dengan bijaksana supaya tidak terpedaya dengan tipu helah orang lain

RAJA BERSIUNG

SINOPSIS

Raja Ong Maha Perita Deria mengadu giginya sakit kepada menterinya.Menteri yang melihat giginya itu memberitahu bahawa ada siung tumbuh diantara gigi manis.Seorang menteri mencadangkan Raja Ong tidak memakan gulai lecek batang bayam lagi.Raja Ong enggan kerana gulai tersebut sangat digemarinya semenjak kecil lagi.Semenjak itu Raja Ong digelar Raja Bersiung.
` Pada suatu hari, ketika sedang memasak, jari tukang masak itu terluka dan darah dari jarinya menitis ke dalam gulai bayam.Raja Bersiung merasakan gulai itu bertambah lazat dari hari-hari yang sebelumnya. Oleh itu, dia memaksa tukang masak memberitahu hal yang sebenar.Tukang masak terpaksa memberitahu segala yang berlaku.Semenjak hari itu, Raja Ong mengarahkan menteri membunuh rakyat yang bersalah dan rakyat yang tidak bersalah untuk mendapatkan darah dan hatinya.Rakyat jelata berada dalam ketakutan.
Pada suatu hari, seorang pahlawan bernama Kampar dari Seri Gunung Ledang datang ke negeri Raja Bersiung.Dia sengaja membuat jahat supaya ditangkap sewaktu bertarung dengan Raja Bersiung,Kampar bertukar menjadi seekor babi tunggal,seekor ular tedung sela dan seekor harimau yang garang.Apabila Kampar bertukar menjadi harimau,dia terkena bedil pemuras lalu melarikan diri kedalam hutan.
Selepas peristiwa itu,menteri keempat telah menasihati raja supaya menghentikan tabiat gemar memakan hati dan darah manusia.Raja Bersiung enggan.Oleh itu,menteri keempat menghimpunkan rakyat dan tentera untuk menyerang Raja Bersiung.Mereka masuk ke istana tetapi Raja Bersiung melarikan diri ke dalam hutan.Menteri keempat gagal menjejaki Raja Bersiung.Akhirnya,baginda tinggal dengan orang bertanam sirih di sebuah dusun di sempadan Patani.Baginda tidak dikenali oleh sesiapapun

TEMA

Tema cerita Raja Bersiung adalah tentang kejahatan dibalas dengan kejahatan, iaitu Raja Bersiung yang zalim akhirnya dihalau oleh rakyat negaranya sendiri.

PERSOALAN.

] Raja yang baik dijunjung, raja yang zalim disanggah.
Contoh:
Raja Bersiung yang membunuh rakyat demi untuk memuaskan nafsu seleranya telah dihalau oleh rakyat dari negaranya sendiri.

] Bersatu membawa berkat.
Contoh:
Menteri keempat, rakyat jelata, dan tentera telah bekerjasama mengusir Raja Bersiung yang zalim.Akhirnya mereka berjaya.

] Raja sangat berkuasa dan nasib rakyat ditentukan oleh raja dalam sesebuah negeri.
Contoh:
Rakyat dalam negeri Kedah dalam ketakutan kerana raja mereka zalim.

WATAK DAN PERWATAKAN

Raja Bersiung

] Nama sebenarnya Raja Ong Maha Perita Derita.Pemerintah negeri Kedah.
] Gemar makan gulai lecek batang bayam dengan daunya hingga tumbuh siung antara gigi manisnya.
] Raja yang zalim dan memetingkan diri sendiri.Menitahkan rakyat yang bersalah dan tidak bersalah dibunuh untuk mendapatkan darah dan hati mereka.
] Seorang yang berani kerana sanggup melawan rakyat dan pembesar negeri seorang diri
] Terpaksa melarikan diri kedalam hutan dan tinggal dengan orang yang menanam sirih di dusun di sempadan Patani.

Menteri keempat

] Pembatu raja bersiung
] Suka menasihati rajanya
] Bersifat penyayang
] Bermuafakat untuk menentang Raja Bersiung
] Mereka berani menyerang istanaRaja bersiung demi menyelamatkan rakyat yang tidak berdosa
] Tindakkan berjaya menghalang Raja Bersiung

Kampar

] Orang jahat
] berasal dari Seri Gunung Ledang
] Memiliki ilmu kebal
] Senggaja melakukan kesalahan supaya ia di tangkap
] Berani menegur Raja Bersiung yang hendak membunuhnya
] Dapat menangkis orang yang hendak membunuhnya
] Menjelma sebagai harimau

PLOT

] Permulaan

Raja Ong Maha Derita digelar Raja Bersiung kerana tumbuh suing diantara gigi manisanya.

] Perkembangan

Raja bersiung ketagih darah dan hati manusia apabila baginda merasakan gulai lecek batang bayam lebih lazat apabila bercampur dengan darah tukang masak.

] Perumitan

Rakyat yang bersalah dan rakyat tidak bersalah dibunuh kerana Raja Bersiung mahukan darah dan hati manusia.Raja Bersiung bertaruh dengan Kampar yang boleh menyerupai pelbagai binatang.Kampar melarikan diri ke hutan .Menteri keempat menasihati Raja Bersiung supaya berhenti daripada membunuh rakyat jelata.Raja Bersiung enggan.

] Klimaks

Menteri keempat,tentera, dan rakyat menyerang Raja Bersiung.Raja Bersiung terpaksa melarikan diri ke hutan.

] Peleraian

Raja Bersiung tinggal dengan orang menanam sirih di dusun di sempadan Patani.

LATAR

Latar masa

] Pada zaman dahulu iaitu pada kerajaan Kedah Lama
] Pada masa itu Kedah berada di bawah naungan Siam

Latar tempat

] Di istana Raja Bersiung
] Di sebuah kampung yang letaknya si sempadan Kedah dengan Patani

Latar masyarakat

] Masyarakat pada zaman feudal yang diketuai oleh seorang raja
] Pemerintahan yang kejam kerana membunuh rakyat sesuka hati untuk mendapatkan darah dan hati
] Masyarakat yang hidup dalam ketakutan kerana kekejaman Raja Bersiung
] Masyarakat yang memiliki ilmu kesaktian
] Masyarakat yang suka memberikan nasihat
] Masyarakat yang berkerjasama untuk menghapuskan kezaliman
] Masyarakat yang berani untuk kepentingan rakyat

GAYA BAHASA

] Dialek
Contoh: dialek Kedah (lalu, tiada sangga ,nyiur, penggodam)

] Bahasa istana
Contoh: tuanku, patik, sembah, biduanda, santap, beta

] Bahasa klasik
Contoh: kemasyghulan, dusun, keluaran, hatta,maka,adapun,bermula,tatkala

] Ayat panjang
Contoh:
Demi dilihat oleh ular makin banyak datang itu,….tiada sanggan bunyi lagi dengan suara manusia .
] Simile
Contoh:
i. Besarnya seperti perdu nyiur
ii. Bergemuruh bunyinunya bagaikan kiamat suaranya itu
iii. Seperti akan tercabut kota
iv. Licin seperti minyak


] Hiperbola
Contoh:
Tiada dimakan oleh besi tubuhnya, dan ...... pelurunya itu pun habislah terpelanting ke sana kemari menjadi kemik pelurunya.

NILAI

] Keadilan
Contoh:
Raja Bersiung tidak menunjukkan keadilan dalam pemerintahannya. Sebaliknya rakyat terpaksa hidup menderita akibat sikap raja yang mementingkan diri sendiri. Baginda mahu membunuh rakyatnya kerana mahukan darah.

] Bertanggungjawab
Contoh:
Baginda tidak memikul tanggungjawab sebagai raja tetapi 4 orang menterinya yang menjaga kepentingan rakyat serta bersepakat untuk menjatuhkan Raja Bersiung dari takhta demi kesejahteraan rakyat.

] Keberanian
Contoh:
Kampar dengan beraninya menentang Raja Bersiung.

] Kerjasama
Contoh:
Kerjasama antara rakyat dengan pembesar istana untuk menjatuhkan Raja Bersiung dari takhta demi mewujudkan kembali keamanan dan kesejahteraan rakyat.

] Berperikemanusiaan
Contoh:
Raja tidak berperikemanusian kerana sanggup membunuh dan mengorbankan rakyat yang tidak berdosa semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

PENGAJARAN

] Pemerintah tidak harus bertindak zalim terhadap golongan rakyat
] Seseorang raja hendaklah mendengar nasihat daripada menteri-menterinya
] Kita hendaklah berani bertindak demi menjaga keselamatan bersama
] Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan

PATUNG KENCANA DARI KURIPAN

SINOPSIS

Ratu Kuripan mendengar berita bahawa Ratu Daha kematian isteri.Permaisuri meninggal dunia kerana memakan racun akibat terlalu kecewa dengan sikap Ratu Daha yang amat menyayangi isteri mudanya, iaitu Paduka Liku.Semenjak kematian bondanya ,Raden Galuh Cendera Kirana sentiasa bersedih oleh itu ,Ratu Kuripan menyuruh Raden Inu Kartapati ,iaitu tunang Raden Galuh cendera Kirana membuat anak-anakan (patung) untuk menghiburkan hati Raden Galuh Cendera Kirana .
Raden Inu Kertapati membuat dua anak-anakan yang diperbuat daripada emas dan perak.Anak-anakan yang dibuat daripada emas dibungkus dengan kain buruk manakala anak-anakan yang diperbuat dari perak dibungkus dengan kain sutera dewangga .Kedua-dua anak-anakan itu dihantar ke negeri Daha . Raden Galuh Ajeng,iaitu anak Paduka Liku telah memilih bungkusan yang dibungkus dengan kain sutera dewangga .Bungkusan sebuah lagi diserah kepada Raden Galuh Cendera Kirana.Raden Galuh Cendera Kirana berasa sungguh sedih tetapi apabila bungkusan itu dibuka ,dia berasa amat gembira kerana mendapat anak-anakan yang diperbuat dari emas bermata belian .Raden Galuh Ajeng hanya mendapat anak-anakan dibuat dari perak bermata batu.Raden Galuh Cendera Kirana berasa amat gembira menerima pemberian daripada tunangnya .


TEMA

Tema cerita ini ialah kebijaksaan dalam menentukan pilihan yang terbaik.Watak wira dan wirawati cerita Patung Kencana Dari Kuripan mengambarkan mereka berdua bijak kerana memilih untuk menyembuyikan sesuatu yang baik dan cantik dalam bungkusan yang buruk dan kelihatan kurang menarik.Umumnya, tanggapan orang lain sebaliknya.Galuh Cendera Kirana yang mendapat bungkusan yang dibalut dengan kain buruk akhirnya mendapat anak-anakan yang dibuat dari emas.

PERSOALAN

] Hubungan kekeluargaan yang baik dengan ahli keluarga akan menjalinkan kemesraan dengan ahli keluarga .Ratu Kuripan menunjukkan sikapnya yang prihatin dengan menghadiahkan anak-anakan emas kepada Galuh Cendera Kirana yang sedang kesedihan kerana kematian bondanya .Demikian juga Raden Inu,tunangnya Galuh Cendera Kirana yang membuat sendiri anak-anakan itu menunjukkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain yang amat erat.Hubungan kekeluargaan yang terbentuk sudah pasti akan semakin erat.

] Sesuatu yang kelihatan cantik tidak semestinya mengambarkan kebaikan isi di dalamnya.Ramai orang yang terpedaya dengan gambaran luaran yang menarik hati .sesuatu yang cantik dan menarik diluar tidak semestinya mengambarkan kecantikkan didalamnya.Demikianlah,anak-anakan perak yang berbungkus kain sutera menjadi pilihan Galuh Ajeng,manakalan anak-anakan emas yang berbungkus kain buruk telah diberikan kepada Galuh Cendara Kirana.


WATAK DAN PERWATAKAN

Galuh Cendera Kirana

] Puteri Ratu Daha
] Tunangan Raden Inu Kertapati
] Telah kematian bondanya
] Tidak diperdulikan oleh ayahandanya yang sudah terpengaruh dengan kata-kata isteri mudanya,Paduka Liku.
] Mempunyai saudara perempuan,Galuh Ajeng,anak Ratu Daha dengan Padika Liku.
] Berasa sedih dan sugul atas nasib yang menimpa dirinya.
] Mempunyai dua orang ibu tiri,PadukaLiku dan Mahadewi yang mengambil berat tentang dirinya.
] Taat dan Patuh kepada orang tuanya.
] Dikasihi dan disayangi oleh Ratu Kuripan.

Ratu Kuripan

] Raja Negeri Kuripan
] Bersaudara dengan Ratu Daha
] Ayahanda Raden Inu Kertapati
] Bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Galuh Cendera Kirana
] Mencari jalan untuk mengembirakan hati Galuh Cendera Kirana
] Amat mengasihi Galuh Cendera Kirana
] Sangat marah apabila mengetahui Ratu Daha tidak memperdulikan Galuh Cendera Kirana keran sudah terpengaruh dengan Paduka Liku.

Galuh Ajeng

] Anak Puteri Daha dengan Paduka Liku.
] Saudara Galuh Cendera Kirana yang berlainan ibu.
] Disayangi oleh Ratu Daha melebihi Galuh Cendera Kirana
] Terlalu manja
] Bertindak keanak-anakan dan bodoh.

Ratu Daha

] Ayahanda Galuh Cendera Kirana dan Galuh Ajeng.
] Baru kematian permaisuri
] Mempengaruhi

Paduka Liku

] Isteri muda ratu negeri Daha
] Mengenakan ilmu pengasih kepada ratu Daha agar mendengar katanya
] Penyebab permaisuri meracuni dirinya sendiri, bonda galoh Cendera Kirana kerana cemburu
] Pentingkan diri sendiri
] Ibu tiri yang jahat


PLOT


] Permulaan

Ratu Kuripan mendapt berita tentang kematian permaisuri Ratu Daha kerana memekan racun.Ratu Kuripan murka kerana Ratu Daha sangat menurut kehendak Paduka Liku iaitu isteri mudanya.


] Perkembangan

Ratu Kuripan memerintahkan orang membuatkan anak patung bagi menghiburkan hati Galoh Cendera Kirana


] Perumitan

Raden Inu Kartapati membuat dua buah anak-anakan daripada emas dan perak .Kedua-duanya dibungkus dalam bungkusan yang berbeza.Bungkusan itu dihantar ke negri Daha

] Klimaks

Di istana Ratu Daha ,Raden Galuh Ajeng disuruh terlebih dahulu memilih bungkusan yang disukainya.Dia memilih bungkusan yang cantik tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada perak bermata batu.

] Peleraian

Raden Galuh Kirana berasa gembira walaupun menerima bungkusan yang dibungkus buruk tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada emas bermata berlian.


LATAR

Latar tempat

] di negeri Daha dan Kuripan
] di istana Kampong Karangan,Kuripan

Latar masa

] Berlaku pada zaman kerajaan Jawa lama

Latar masyarakat

] Masyarakat yang mengamalkan system beraja
] masyarakat tradisi di jawa mengamalkan poligami
] Masyarakat yang taat kepada pemimpin dan setia melaksanaakan perintah
] masyarakat yang memiliki belas kasihan
] Masyarkat yang kreatif dalam pertukangan tangan
] Masyarakat tradisional yang bijak berfikir
] Masyarakat yang mengamalkan petunangan di kalangan keluarga diraja
] masyarakat yang mengamalkan budaya hormat-menghormati
] masyarakat yang mengamalkan budaya berkirim salam

GAYA BAHASA

] Bahasa Istana
Contoh: baginda, bersemayam, santap, memanda, permaisuri, ratu dan paduka

] Bahasa klasik
Contoh: amarah, warta, anak-anakan, kencana

] Bahasa Arab
Contoh: wallahu a’lam

] Simile
Contoh : seperti perkataan yang dikatakan oleh ibunya sendiri

] Hiperbola
Contoh:
i. bersuka-suka dengan tiada berkeputusan
ii. serta dipalu bunyi-bunyian terlalu amat ramainya

NILAI

] keadilan
Contoh:
Kita perlu sentiasa berlaku adil. Sikap Ratu Daha yang tidak adil sering mementingkan isteri mudanya daripada permaisuri dan Galoh Cendera Kirana.

] Belas kasihan
Contoh:
Ratu Kuripan amat mengasihani Galoh Cendera Kirana yang baru kematian ibunya.

] Kasih-sayang
Contoh:
Sebagai ibu tiri, kita sepatutnya mempunyai perasaan kasih terhadap anak tirinya tetapi berbeza dengan sikap isteri muda Ratu Daha terhadap Galoh Cendera Kirana yang amat membencikan anak tirinya.

] Baik hati
Contoh:
Kita harusnya mengamalkan sikap baik hati bukannya hasad dengki. Isteri muda Ratu Daha amat cemburukan permaisuri hingga menyebabkan permaisuri membunuh diri dengan meminum racun.

PENGAJARAN

] Kita janganlah menilai sesuatu benda dengan melihat dari segi luaran saja kerana kita akan tertipu dengannya
] Seseorang suami janganlah pilih kasih dalam memberikan kasih sayang, sebaliknya berilah kasih sayang yang saksama kepada anak-anak dan isteri-isteri
] Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan atau simpati kepada seseorang yang bernasib malang setelah kematian orang yang dikasihinya
] Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu pekerjaan