Wednesday, December 29, 2010

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA :SAJAK

RUMAH BARU
MAKSUD
Rangkap 1: Rumah yang baru dibina adalah untuk
anak-anak kita berteduh.Manusia telah
diamanahkan untuk mendewasakan anak –
anak.Kita seharusnya membekalkan anak-
anak kita denagn ilmu pengetahuan agar
mereka menjadi warganegara yang
bijaksana.

Rangkap 2: Rumah yang telah siap dibina itu ialah
kerjasama dan muafakat semua bangsa
yang ada di negara ini.Kemajuan Negara
akan diperolaehhasil kerjasama daripada
pelbagai bangsa.

Rangkap 3: Rumah yang siap dibina itu mestilah
bercirikan kebangsaan agar semua
penghuninya hidup dalm keadaan aman dan
damai sehingga akhir zaman.


TEMA
Cintakan Negara.

PERSOALAN
  1. Kesepaduan antara rakyat pelbagai kaum.
  2. Berusaha mencapai wawasan.
GAYA BAHASA
  • Pengulangan
  • Simbol
  • Metafora.
  • Asonansi
  • Aliterasi
NILAI
1. Harmoni.
2. Kesetian.
3. Kasih saying.
4. Amanah.


PENGAJARAN
a) Kita hendaklah berusaha mendidik generasi muda supaya dapat menikmati wawasan negar pada masa akan dating.
b) Kita hendaklah sentiasa berusaha mewujudkan hubungan erat dan mesra antara kaum supaya keharmonian hidup terus berkekalan.

BAHASA
MAKSUD
Rangkap 1: Penyair mengajak seluruh masyarakat
berbahasa sebaik mungkin.

Rangkap 2: Bahasa dapat menyatupadukan fikiran
yang berkecamuk dan bersimpang siur.
Rangkap 3: Dengan berbahasa ,kita dapat
menerokai segala ilmu yang terkandung di
dalamnya.
Rangkap 4: Bahasa dijadikan wahana atau alat
untuk pemimpin menyampaikan
amanatnya dan dengan bahasa sebaik
mungkin.


Rangkap 5:Kita dianjurkan supaya berbahasa dengan betul. 

Rangkap 6: Bahasa itu dapat memprtingkatkan
keperibadian seseorang.

Rangkap 7: Tanpa bahasa dapatkah kita
menyetujui sesuatu perjanjian?

Rangkap 8: Oleh itu penyair menyeru manusia supaya berbahasa sebaik mungkin.

TEMA
Bahasa digunakan sebagai wahana penting untuk
membentuk sahsiah manusia sama ada sebagai
pemimpin mahupun rakyat.


PERSOALAN
1. Bahasa sebagai wahana untuk membentuk
sahsiah manusia.
2. Bahasa dapat menyatupadukan semua umat.
3. Bahasa merentasi dunia tanpa sempadan.


GAYA BAHASA
a) Metafora.Contohnya,terlihat cinta biru tantang
perasaan yang bersinar.
b) Anafora.Contohnya:terlihat fakta padu,terlihat

sinar ilmu,terlihat cinta biru.

NILAI
1)Menuntut ilmu.
2)Bersatu padu.
3)Kesopanan.
4) Berusaha memajukan diri.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencintai bahasa kita.
2. Seseorang insan itu hendaklah memiliki
peribadian yang mulia. 3.Hendaklah sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala anugerah yang dikurniakan-Nya kepada kita.

BILA BERJAUHAN 
MAKSUD

Rangkap1:
Penyajak menyatakan bahawa setiap ahli keluarganya perlu berada disampingnya. Penyajak mahu ahli keluarganya merasai apa-apa saja yang berlaku pada dirinya

Rangkap 2:
Kesepian melanda hati penyajak ketika berada di khayalak ramai.Semua orang yang ditemui tidak mengenalinya.Suara-suara anak penyair terngiang-ngiang di telinganya.Walaupun berjauhan ingatan itu menjadikan penyair seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab.

Rangkap3:
Harapan isteri yang merindui anak-anak menyedarkan penyajak akan tugasnya sebagai seorang ayah dan suami dan mendorong penyajak agar tabah menghadapi segala cabaran
 
TEMA DAN PERSOALAN

Tema
Tema bagi sajak ini ialah perasaan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak semasa berjauhan.

Persoalan
Antara persoalan yang terkandung di dalam sajak ini seperti:
] Kerinduan kepada keluarga semasa berada diperantauan.
] Hubungan keluarga bertambah erat semasa berjauhan.
] Isteri dan anak-anak menjadi sumber kekuatan seorang ayah dan suami.

BENTUK

] Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
] Bilangan baris dalan setiap rangkap tidak sama iaitu
rangkap pertama mempunyai 4 baris
rangkap kedua mempunyai 10 baris
rangkap ketiga mempunyai 6 baris
] Panjang pendek baris tidak sama,iaitu antara perkara dua hingga lima patah perkataan atau empat hingga empat belas suku kata sebaris.Contohnya,
· Erti kata
(2 patah kata/4 suku kata)
· Kenakalan dan ketegasan di rumah tangga
( 5 patah kata/14 suku kata)

RIMA

Rima bagi sajak ini bebas ataupun tidak terikat dengan mana-mana puisi lama sama ada pantun mahupun syair.
rangkap pertama a-b-c-c
rangkap kedua a-b-c-d-d-d-c-c-a-d-a
rangkap ketiga a-b-c-d-d-e

NADA

] Nada romantik seperti: Kau semua mesti disisiku
] Perasaan sunyi seperti: Dalam kesepian ditengah ramai
] Perasaan positif seperti: Dan kau semua menunggu
] Semangat waja seperti: Tegak dan pejal

GAYA BAHASA

] REPITISI
Terdapat pengulangan frasa ‘Kau semua mesti’ sebanyak dua kali dalam rangkap pertama sajak ini

] INVERSI
Contoh pembalikan kata terdapat dalam sajak ini ialah:
Orang yang kutemui tapi tak kukenali
(R2:B2 :Halaman 18)

UNSUR BUNYI

] ASONANSI
Terdapat unsur bunyi asonansi dalam sajak ini iaitu:
Suara kalian ada ditelingaku (R2:B3:Halaman 18)
Tidak melepaskan jarak kita (R2:B5:Halaman 18)

] ALITERASI

Kau semua mesti menikmati (R1:B4:Halaman 18)
Tidak melepasi jarak kita (R2:B5:Halaman 18)


NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Kasih sayang
Contoh:
Sebagai seorang suami atau bapa, penyajak menunjukkan sesuatu yang baik iaitu sentiasa mengingati orang yang disayangi walu di mana jua berada.

] Bertanggungjawab
Contoh:
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga diberi penekanan. Berazam untuk menjadi yang terbaik.
] Kemesraan
Contoh:
Hubungan antara bapa dan anak-anak. Suara anak-anak terngiang-ngiang di telinga walaupun mereka tiada di depan mata. Bapa garang tetapi tidak menjejaskan hubungan keluarga

PENGAJARAN

] Sebagai umat Islam, kita mestilah selalu berdoa kepada Allah
] Apabila berada dirantau orang kita hendaklah mengenali orang di sekeliling kita.
] Kita hendaklah mempunyai semangat juang yang tinggi
] Kita hendaklah menjadi seorang ayah atau suami yang bertanggungjawab
] Kita mestilah sentiasa mengingati Allah

WANITA HARI INI

MAKSUD

Rangkap 1:
Setiap pagi,penyair akan mengucapkan syukur atas nikmat yang diberikan Allah kepadanya.

Rangkap 2:
Kesedaran dan kecintaan penyair terhadap dirinya telah mendewasakannya.Setiap perkara yang berlaku itu merupakan ketentuan daripada Allah.

Semua benda yang ada di muka bumi ini boleh berubah dengan keizinan Allah.Penyair mengharapkan agar lorong kecilnya itu berubah.

BENTUK

] Sajak ini mempunyai dua rangkap sahaja.
rangkap 1 mempunyai 4 baris iaitu berbentuk quatrain
rangkap 2 mempunyai 8 baris iaitu berbentuk oktaf.
] Rima bagi sajak ini ialah
rangkap 1 : a, a, a, a
rangkap 2 : a,a,a,a,a,a,a,a.
rima bagi sajak ini iaitu bagi rangkap1 berbentuk syair tetapi tidak menepati ciri syair sepenuhnya.
] Jumlah perkataan dan suku kata terbanyak ialah 6 perkataan dan 15 suku kata iaitu:
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi (R1:B3:Halaman 19)
] Jumlah perkataan dan suku kata paling sedikit ialah 2 perkataan dan 4 suku kata iaitu:
Nasib diri (R2:B7:Halaman 19)


TEMA DAN PERSOALAN

Tema
Sajak ini mengungkapkan tema kemasyarakatan,iaitu menyorot kehidupan wanita moden yang menganggap hidup bersendirian lebih baik daripada perkahwinan.

Persoalan
Antara persoalan yang cuba diketengahkan oleh penyajak ialah:

Kaum wanita hari ini berjaya dalam semua bidang, setanding dengan kaum lelaki.
Wanita pascamoden lebih pentingkan pekerjaan
Perubahan arus kehidupan
Ketentuan yang harus ditempuhi

NADA

] NADA SINIS:
Wanita zaman ini
Lebih bahagia hidup sendiri
] PERASAAN KESAL :
Perkahwinan bagi mereka membatasi
Pergerakkan diri
] PERASAAN GEMBIRA:
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi
Mereka begitu mampu hidup berdikari
] PERASAAN TAKUT :
Nasib diri
Ditengah kehidupan lelaki

GAYA BAHASA

] DIKSI/KATA
Diksi atau kata-kata yang digunakan oleh penyair adalah biasa dan mudah difahami.w
wanita zaman ini (baris 1:rangkap 1)

] SINKOF
Terdapat penggunaan sinkof,iaitu penyingkatan perkataan atau kependekkan perkataan yang terdapat dalam puisi atau prosa.Contoh sinkof dalam sajak ini ialah
tak berasa perlu bersuami
(baris 2:rangkap1)

] PENGULANGAN
Pengulangan baris yang diselitkan dalam sajak ini juga menjadikan sajak ini indah.Unsur pengulangan terdapat dalam baris pertama rangkap dan rangka kedua.
Wanita zaman ini

UNSUR BUNYI

] RIMA
Rima akhir sajak ini adalah sama.
rangkap pertama : a-a-a-a
rangkap kedua : a-a-a-a-a-a-a-a.
Contoh rima akhir rangkap pertama :
Wanita zaman ini – a
Tak berasa perlu bersuami – a
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi – a
Mereka begitu mampu hidup berdikari – a

] ALITERASI
Aliterasi ialah pengulangan bunyi-bunyi konsonan yng terdapat dalam baris-baris puisi atau prosa.Contohnya:
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi (R1:B3:Halaman 19)

] ASONANSI
Asonansi ialah pengulangan bunyi-bunyi vokal.Penyair banyak menggunakan unsur bunyi asonansi dalam sajaknya.Contohnya:
Lebih bahagia hidup sendiri (R2:B2:Halaman 19)


NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Bertanggungjawab
Contoh:
Sikap kaum Adam yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kaum wanita enggan berumahtangga.

] Ketabahan
Contoh:
Wanita yang belum berumahtangga sering mendapat cemuhan dan mendapat perhatian masyarakat. Mereka perlu ketabahan hati untuk meneruskan kehidupan.

] Keberanian
Contoh:
Kaum wanita yang berani membelakangkan tradisi kehidupan dengan tidak mahu berkahwin.

] Berdikari
Contoh:
Nilai ini ditekankan kepada kaum wanita zaman ini yang mempunyai kerjaya dan berpendapatan lumayan tanpa perlu bergantung hidup kepada orang lain.

PENGAJARAN

] Janganlah kita takut kepada alam perkahwinan kerana ia merupakan tuntutan agama
] Wanita pascamoden yang telah berjaya hendaklah dicontohi oleh wanita desa
] Hendaklah kata berani menempuh dugaan walaupun hidup bersendirian
] Usahlah kita mengharapkan bantuan daripada orang lain
] Janganlah kita terlampau mengejar kebendaan hingga lupakan tuntutan agama,iaitu perkahwinan
] Kita mestilah berdikari atau berdiri diatas kaki kita sendiri apabila melakukan sesuatu perkara
] Kaum lelaki hendaklah mencontohi kaum wanita yang telah berjaya dalam pelajaran

KETIKA KAMI BERCERITA TENTANGNYA
MAKSUD

Rangkap 1:
Ketika kami bercerita tentang ayah,ayah sedang tidur.Kami sebagai anak-anak ayah kenal akan lelap matanya.Kelusuhan tikar mengkuang menyebabkan ayah tidur lena.
Rangkap 2:
Sebentar tadi ayah begitu lama menemani kami dan kami bersama ayah mengelilingi prlita minyak tanah.Pelita minyak tanah itu begitu dengan kami.
Rangkap 3:
Kami tidak pernah menyoal tentang latar belakang ayah kerana kami sudah mengetahui ketentuan yang telah ditetapkan kepadanya.
Rangkap 4:
Semasa kami berbincang tentang ayah, aku teringat harapan bapa kepada anak-anaknya.
Rangkap 5:
Ayah berharap masa depanku tidak sama dengannya.

BENTUK

Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama,iaitu rangkap 1 dan 4 terdiri daripada enam baris,rangkap 2 dan3 terdiri daripada lapan baris,dan rangkap 5 terdiri daripada dua baris.Sajak ini berbentuk bebas.Panjang pendeknya tidak sama, iaitu antara satu patah kata hingga enam patah kata,atau antara dua suku kata hingga lima belas suku kata.Contohnya:
· Tadi (1 patah kata/2 suku kata)
· Pada sebuah doa yang selalu disebutnya (6 patah kata/15 suku kata)

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Pengorbanan dan harapan seorang bapa kepada anak-anaknya.Walaupun bapa hidup menderita tetapi bapa sentiasa mengharapkan anak-anaknya hidup tanpa dibelenggu oleh masalah kemiskinan.

Persoalan

] Kekaguman anak-anak terhadap kegigihan bapa membesarkan mereka.
] Penderitaan dan kemiskinan hidup dihadapi dengan tabah
] Kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya

NADA

] Nada romantik:
Ketika kami bercerita tentangnya
Bapa sedang tidur

] Perasaan mengharap:
Semoga ombak masa laluku
Bukan gelombang masa depanmu

] Perasaan sayang:
Tadi
Lama sekali bapa menemani kami

] Perasaan bersyukur:
Pada sebuah doa yang selalu disebutnya

UNSUR BUNYI

] RIMA

Rima sajak ini bebas dan tidak terikat dengan puisi-puisi tradisional.Walaupun setiap rangkapnya mengandungi enam baris,namun rima barisnya bebas.Contohnya,rangkap pertama rima akhirnya a-b-b-a-d-a

] ALITERASI

Aliterasi ialah pengulangan bunyi-bunyi konsonan.Dalam sajak ini penyair banyak menggunakan unsur pengulangan bunyi-bunyi konsonan.
Contohnya:
Asap pelita berkepul – pengulangan konsonan p
Semoga ombak masa lalu – pengulangan konsonan m

] ASONANSI

Penyajak banyak menggunakan unsur-unsur bunyi asonansi.Asonansi ialah pengulangan bunyi-bunyi vokal iaitu a,e,i,o,u.Contohnya:
Mengapa demikian- pengulangan vokal e
Tikar mengkuang lusuh itu- pengulangan vokal u


GAYA BAHASA

] DIKSI

Pemilihan diksi yang digunakan oleh penyair adalah tepat dengan tema sajak.Contohnya:
Seperti juga di hutan kehidupan ini (R3:B5:Halaman 20)


] METAFORA

Terdapat beberapa contoh metafora dalam sajak ini.Contohnya:
Laut sejarahnya (R3:B3:Halaman 20)
Hutan kehidupan (R3:B5:Halaman 20)

] INVERSI

Terdapat pembalikan kata dalam sajak ini iaitu:
Tidak pernah kami menyoal (R3:B1:Halaman 20)

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Kesyukuran
Contoh:
Manusia haruslah sentiasa bersyukur.

] Ketabahan
Contoh:
Ketabahan perlu ada tapi biarkan untuksituasi yang berbeza.

] Keinsafan
Contoh:
Sentiasa memohon keampunan daripada allah kerana kelalaian menjalankan aktiviti.

] Berhati-hati
Contoh:
Berhati-hati agar tidak terjerumus

PENGAJARAN

] Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita.
] Kita sebagai anak-anak mestilah menghormati bapa
] Kita hendaklah memelihara perhubungan dalam keluarga supaya sanantiasa erat
] Kita hendaklah tabah menghadapi takdir
] Kita haruslah berusaha untuk memenuhi harapan bapa

USIA

MAKSUD

Rangkap 1:
Penyajak menghadapi penambahan usia dengan perasaan yang
tenang.Penyajak sedar bahawa penambahan usia menyebabkan umur semakin pendek.Oleh itu,kehendak atau keinginan harus diatasi.Peristiwa-peristiwa pada masa yang lalu ditinggalkan dan peristiwa-peristiwa akan datang dinanti dengan penuh harapan.

Rangkap 2:
Kesedaran dan kecintaan penyajak terhadap dirinya telah
mendewasakannya.Setiap perkara yang berlaku itu merupakan ketentuan daripada Allah.

Rangkap 3:
Semua perkara yang ada di muka bumi ini boleh berobah dengan keizinan Allah. Penyajak mengharapkan agar lorong kecilnya itu berubah.


BENTUK

Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama .
Rangkap 1 terdiri daripada lapan baris, rangkap 2 terdiri daripada tujuh baris, rangkap 3 terdiri daripada lima baris.Sajak ini berbentuk bebas.Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua patah kata atau enam suku kata hingga lima patah kata atau sepuluh suku kata sebaris.Contohnya :

Melalui jendela- 2 patah kata / 6 suku kata.
Pagi tidak lagi berbau tanah- 5 patah kata/10 suku kata


TEMA DAN PERSOALAN

TEMA

Bersyukur terhadap nikmat usia yang diberikan oleh tuhan.Oleh itu,nikmat usia hendaklah diisi dengan matlamat kehidupan yang sebenarnya


PERSOALAN

] Usia yang bertambah menyebabkan jangka hayat semakin pendek.
] Peristiwa-peristiwa dalam hidup akan berlalu seiring dengan peningkatan usia
] Peningkatan usia bermakna bertambahlah pengalaman dalam hidup.
] Hidup dan mati telah ditentukan oleh tuhan

NADA

] Nada romantik:
Telah ku susun letakmu
Di sisian yang tenang
] Perasaan syukur:
Memancarkan cahaya berpenjuru
Seharusnya kita berhati-hati
Memantulkan kembali
Kehala yang satu


Tanpa keizinanmu
Pagi tidak lagi berbau tanah
Atau tiba-tiba
Lorong kecilku
Menjadi ungu


UNSUR BUNYI

] RIMA

Rima sajak ini tidak sama iaitu rangkap rimanya a-b-c-d-e-d-c-a,rangkap kedua a-b-c-c-a-a-c,dan rangkap ketiga a-b-c-a-a.Contoh rima akhir rangkap pertama:
Telah kususun letakmu - a
Di sisian tenang - b
Ruang ku kecilkan lagi - c
Dengan keinginan sederhana-d
Kulepaskan kupu-kupu semalam –e
Melalui jendela – d
Diiringi segaris cahaya pagi – c
Selamatlah datangmu-a

] ALITERASI

Aliterasi ialah pengulangan bunyi atau huruf-huruf konsonan dalam baris-baris puisi.Contoh unsur aliterasi yang terdapat dalam sajak ini ialah

Selamatlah datangmu - pengulangan konsonan t

] ASONANSI

Asonansi ialah pengulangan bunyi atau huruf-huruf vokal dalam baris-baris puisi.Contohnya,

Memantulkan kembali – pengulangan vokal e

GAYA BAHASA

] METAFORA

Terdapat contoh metafora dalam sajak ini iaitu:
Segaris cahaya (R1:B7:Halaman 22)
Lorong kecilku (R3:B4:Halaman 22)

] PERLAMBANGAN

Beberapa contoh perlambangan terdapat dalam sajak ini iaitu ‘kupu-kupu’, ‘kristal’, dan juga ‘ungu’. ‘kupu-kupu’ melambangkan usia remaja dan ‘ungu’ pula melambangkan kesedihan. ‘kristal’ pula melambangkan kemantangan hidup


NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Kesyukuran
Contoh:
Bersyukur di atas segala pemberian Allah.

] Ketabahan
Contoh:
Ketabahan mengharungi hidup dan berjanji akan berubah.

] Keinsafan
Contoh:
Insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan

] Berhati-hati
Contoh:
Berhati-hati agar tidak menjurus ke arah kemungkaran.


PENGAJARAN

] Pupuklah pengalaman kita supaya kita menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara
] Kita hendaklah melengkapkan diri kita dengan ilmu akhirat kerana hidup di dunia ini tidak akan kekal
] Kita mestilah mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita
] Kita perlulah menyedari bahawa usia kita semakin meningkat

No comments:

Post a Comment