Wednesday, December 29, 2010

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA: PANTUN

PANTUN

PANTUN BUDI
Maksud pantun.
Rangkap 1: Segala budi dan kebaikan yang dilakukan akan sentiasa dikenang dan diingati.
Fangkap 2: Perlambangan manusia yang tidak berbudi seperti besi berkarat, tidak berguna.
Rangkap 3: Lumrah manusia yang lebih mementingkan kebendaan berbanding budi.
Rangkap 4: Meskipun hidup dalam kemiskinan/kesusahan, tetapi kaya dengan budi.

Tema
Pantun Budi mengangkat tema keunggulan nilai budi dalam kehidupan seharian. Antara persoalan yang diutarakan dalam pantun ini ialah:
  • 1. Tuntutan menabur budi dan melakukan kebaikan dalam kehidupan
  • 2. Sikap mengenang dan menghargai budi orang lain.
  • 3. Sikap manusia yang lebih mengutamakan kebendaan .
Gaya Bahasa
Sinkeope
Contoh:budi yang baik rasa nak junjung
Repetisi.
Contohnya: pandai berlompat,pandai berlari
Perlambangan
Contohnya:sebab emas budi terbuang



Pengajaran
  • Kita hendaklah berbuat jasa kepada sesama manusia.
  • Jangan pentingkan kekayaan hingga terlupa budi pekerti.
  • Kita hendaklah jauhkan diri daripada sikap sombong.
  • Kita hendaklah berbudi bahasa terhadap orang lain.

PANTUN NASIB
MAKSUD PANTUN
Rangkap 1: Nasib diri yang malang kerana apa-apa yang sepatutnya dimiliki dirampas oleh
orang lain.

Rangkap 2: Sikap perantau ang termenung sambil memikir-mikirkan nasibnya di perantauan
tanpa sanak saudara.

Rangkap 3: Dalam keadaan yang malang tentulah sukar hendak melakukan sesuatu dan
keadaan menjadi tidak tentu arah.

Rangkap 4: Biasanya banyak kawan yang mahu berkongsi kegemburaan tetapi tidak ada kawan yang mahu berkongsi kesedihan.
Rangkap 5: Seseorang berasa bahawa dirinya tidak berguna dan tidak memberikan apa-apa
manfaat kepada orang lain.


TEMA
Kehidupan seseorang di dunia ini banyak ditentukan oleh faktor nasib,iaitu bernasib baik atau tidak bernasib baik.

PERSOALAN
1. Sesuatu hajat yang tidak kesampaian.
2. Kecewa di hati disebabkan resam hidup
manusia.
3. Untung nasib seseorang dalam
kehidupan.

GAYA BAHASA
1. Sinkof seperti tak yang terdapat dalam baris
Masuktak penuh keluartak kurang”.
2. Repetisi, iaitu perulangan katakawan .Contoh
perulangan kata ini dapat dilihat dalam baris
berikut:

Kawan ketawa ramai sekali,
Kawan menangis seorang diri.

NILAI
1.Reda dengan ketentuan Allah.
2.Ketabahan.
PENGAJARAN
1. Setiap dugaan hendaklah dihadapi dengan cekal
dan tabah.
2.Hidup di dunia ini penuh dengan cabaran.
PANTUN PERIBAHASA
MAKSUD
Rangkap 1: Orang yang berketurunan (baka) mulia akan tetap mulia walau terlantar di mana
sekalipun dia.
Rangkap 2: Tidak perlu tergesa-gesa mencari sesuatu yang sudah pasti ada kerana yang
kita cari itu tidak akan ke mana atau tetap akan kita peroleh.

Rangkap 3: Perpaduan dalam masyarakat akan wujud melalui amalan bekerjasama.

TEMA
Pantun ini bertemakan kelebihan dan manfaat memiliki atau mengamalkan sikap yang mulia.

PERSOALAN
a) Kelebihan memiliki peribadi yang mulia.Sebagai
contoh:
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.
b) Sabar dan yakin terhadap apa-apa yang
dilakukan. Sebagai contoh:
Takkan lari gunung dikejat,
Hilang kabut nampaklah dia.
c) Sikap bermuafakatan menjamin kejayaan dan
keharmonian.Sebagai contoh:
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

GAYA BAHASA                                                                                                                                       1. Sinkof atau kata singkatan iaitu,“tak” seperti yang terdapat dalam baris “Tak kan lari gunung dikejar”.        2. Inversi seperti yang terdapat dalam barisTak
lari gunung dikejar. Sepatutnya, gunung
dikejar takkan lari.
3. Anafora atau perulangan kata,pada awal
baris,iaitu kata “bulat"seperti yang terdapat
dalam awal baris:

Bulatair kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.



NILAI
a) Kesabaran
b) Kemuliaan
c) Keyakinan
d) Bermuafakat


PENGAJARAN
a) Kemuliaan seseorang itu akan tetap disanjung dan membawa kebaikan walau di mana-mana pun dia berada.
b) Kita mestilah yakin terhadap diri sendiri.
c) Bersabarlah dalam melakukan dan menghadapi
sesuatu perkara.
d) Hidup bermuafakat bukan sahaja membawa
kejayaan,malahan kesejahteraan.



SYAIR YATIM NESTAPA
(Maksud)

Tema
  Kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkait dengan keberanian menentang musuh / menyelesaikan masalah yang dihadapi

Persoalan 
  i. Perlunya menjaga maruah diri
ii. Berusaha mengatasi sesuatu masalah
iii. Jangan mudah berputus asa sebelum mencuba

Gaya Bahasa
i. Asonansi – Contohnya : Matanya seperti damar sebatang (pengulangan vokal a)
ii.Aliterasi – Contohnya : Cahayanya tidak dapat ditentang (pengulangan konsonan t)
iii.Inversi – Contohnya : Takutnya kakanda tidak terperi ( sepatutnya Kakanda takut tidak terperi )
iv.Simile – Contohnya : Matanya seperti damar sebatang
 
v.Bahasa klasik – Contohnya : adinda (adik), leta (hina atau keji), kakanda (abang), terperi (terkata), dan seteru (musuh)
vi.Bahasa Arab – Contohnya : aib (malu)
 
Pengajaran
i. Kita hendaklah berani dan jangan mudah mengaku kalah sebelum berjuang, apatah lagi untuk memelihara maruah.
ii.Kita perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan sesuatu usaha ataupun menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Iii.Kita perlu rajin berusaha untuk mencari jalan penyelesaian agar masalah yang dihadapi dapat diatasi.



SYAIR CINTAI ALAM SEKITAR
MAKSUD
1.Pesanan seorang kakak kepada adiknya supaya menyintai dan menjaga alam sekitar agar persekitaran menjadi indah dan tiada pencemaran.

2.Kempen kebersihan hendaklah dihayati agar dapat menikmati udara yang bersih,badan yang
sihat serta negara dalam keadaan aman.
3.Rakyat perlu menjadi manusia yang bertimbang rasa dan membuat jasa kepada alam.


4.Keadaan tersebut membolehkan kita berehat atau berkelah pada hari minggu.
5.Berlakulah pencemaran yang amat serius dan keadaan tersebut haruslah diatasi dengan segera.

6.Amalan meludah dan membuang sampah di merata-rata tempat harus ditegah.Perbuatan
menghisap rokok dan menagih najis dadah merupakan perbuatan terkutuk dan perlu dicegah.

7.Pokok-pokok balak ditebang secara berleluasa mengakibatkan kejadian tanah runtuh.Setiap
pembanguan hendaklah dirancang dengan teliti dan mementingkan kualiti.

8.Pemandangan yang cantik menjadi daya tarikan pelancong dan mampu meningkatkan
pendapatan negara.

9.Bumi ini amanah Tuhan dan kita tidak seharusnya membuat kerosakan kerana boleh mengancam nyawa dan kesihatan.
10.Kita perlu mengelakkan kemurkaan Tuhan yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita.
11.Kita mesti menghayati dengan perasaan bersyukur nescaya akan dilimpahi dengan pelbagai kurnia daripada Tuhan.
12.Manusia tergamak membuat kerosakan di dunia ini,banyak pencemaran telah dilakukan menyebabkan tanah,sungai,parit,lautan dipenuhi dengan kekotoran.

13.Tanamkan dalam jiwa dengan satu iltizam iaitu tidak akan melakukan pencemaran.Flora dan
fauna akan selamat dan kehidupan di dunia ini akan aman sejahtera.

14.Kita harus menggunakan fikiran dan kreativiti untuk mengindahkan alam ini supaya alam
akan kelihatan indah dan kehidupan lebih harmoni.

Tema
Saranan supaya kita menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar agar terhindar
daripada masalah pencemaran.

Persoalan
1.Tanggungjawab menjaga alam sekitar agar tidak berlaku pencemaran.
2.Keindahan alam sekitar di negara kita menjadi tarikan pelancong.
3.Kebersihan persekitaran berkait dengan kesihatan rakyat negara ini.

4.Rakyat yang bertanggungjawab akan menjaga alam sekitar,bumi dantumbuhan daripada kemusnahan.

5.Alam sekitar merupakan amanah Tuhan.

6.Kebakaran dan asap menjadi punca jerebu dan penipisan ozon.

Bentuk
(a)Empat belas rangkap
(b)Empat baris serangkap
(c)Empat hingga lima patah kata atau 9-12 suku kata sebaris
(d)Berbentuk terikat atau tidak bebas.

Unsur-unsur Bunyi
(a)asonansi-pengulangan vokal ¶e·
jerebu berleluasa melanda negara

(b)aliterasi-pengulangan konsonan ¶n·
cintailah keindahan jaga kebersihan

(c)Rima akhir--aaaa

Gaya Bahasa
(a)Personifikasi
ombak BERLAGU MEMUKUL pantai
lapisan ozon SEMAKIN DERITA

(b)Inversi
sihat badan wajah berseri

Nilai
-cinta
-bersimpati
-memberikan nasihat
-insaf

Pengajaran
-Kita hendaklah mencintai alam sekitar
-kita janganlah mencemari keindahan alam sekitar
-Kita hendaklah berusaha mencegah pencemaran air dan pencemaran udara.

SYAIR TENAGA PEMUDA
MAKSUD SYAIR Kepentingan tenaga pemuda dan peranannya
dalam memajukan dan mempertahankan bangsa
dan Negara.Pemuda merupakan asset sesebuah
Negara pada masa hadapan.Oleh yang
demikian,tenaga pemuda ini mestilah di asuh dan
dibentuk dari awal.Tenaga pemuda ini juga
mestilah dijaga dn digunakan untuk
kebaikan.Dengan kekuatan fizikal dan kekejaman
mental mereka mampu menghadapi pelbagai
cabaran yang dating.Mereka sanggup berkorban
demi kedaulatan tanah air.
TEMA
Syair ini bertemakn kepentingan tenaga para
pemuda.

PERSOALAN

1) Golongan belia mempunyai tenaga yang kuat.
2) Golongan belia mempunyai keberanian dan
bersemangat waja.
3)Golongan belia perlulah diberi pendidikan.

GAYA BAHASA
a) Anafora.Contohnya:
Tenagapemuda tenaga bererti,
Tenagayang berani menempah mati.
b) Repetisi.Contohnya:
Beban yang beratdapat dijulang,
Beban yang jauhdapat dijelang.
c)Peribahasa.Contohnya,berpitih tulang.

NILAI                                                                                                                                                       1. Patriotik.
2. Keberanian.
3. Keyakinan.
PENGAJARAN
1. Pemuda merupakan harapan bangsa dan
Negara.
2. Gunakanlah tenaga yang ada demi kebaikan
bersama.
3.Kedaulatan Negara mestilah dipertahankan.

3 comments: